Baru Bian, bekas menteri kerja raya, mendedahkan perkara itu menjadi sebab kenapa kes itu ditunda banyak kali.
Katanya, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin
sudah berjumpa dengan peguam seorang wanita Melanau beragama Kristian Jill Ireland
dan Sidang Injil Borneo (SIB), yang berkaitan dengan kes itu.
"Peguam memberi bayangan kepada peguam kanan
persekutuan yang mewakili kerajaan persekutuan bahawa mereka bersedia untuk
menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah atau untuk menyelesaikan
penyelesaian pentadbiran kedua-dua kes ini," katanya.
Baru berkata jemaah menteri pada pertengahan 2019 bersetuju
agar isu kalimah Allah diselesaikan di luar mahkamah dan memberi mandat kepada
Daim untuk menyelesaikan masalah berkenaan tetapi perkara itu tidak disampaikan
secara rasmi kepadanya.
Menurut ahli parlimen Selangau, dia kemudian membangkitkan
masalah tersebut pada 8 Nov 2019 dan sebuah jawatankuasa khas dibentuk.
Jawatankuasa itu terdiri daripada dirinya, Muhyiddin, ahli
parlimen Penampang Darell Leiking, ahli parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong dan
ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa.
Baru berkata jawatankuasa itu mencadangkan pindaan dibuat
terhadap arahan pentadbiran 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan
kalimah "Allah", untuk menyatakan ia boleh digunakan dalam penerbitan
Kristian tanpa sebarang syarat di Sabah dan Sarawak.
Harus nasihatkan rakyat
Mengenai Semenanjung Malaysia, dia berkata, cadangan itu
bagi memastikan penerbitan Kristian yang menggunakan perkataan itu harus
mempunyai cap "penerbitan Kristian".
Baru berkata dia membuat pendedahan itu setelah Gabungan
Parti Sarawak mendakwa kerajaan PH sebelum ini tidak melakukan apa-apa untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
"Untuk maklumat GPS, saya dan beberapa menteri berusaha
mencari jalan keluar yang tidak akan menghasilkan situasi menang-kalah
melainkan menang-menang.
"Namun, menteri dalam negeri pada masa itu (Muhyiddin)
tidak memihak kepada penyelesaian di luar mahkamah dan ingin mahkamah
memutuskan, dengan alasan yang cuma dia mengetahuinya.
"Sekarang setelah mahkamah membuat keputusan, dia
(Muhyiddin) harus menasihati rakyat untuk menghormati keputusan itu,"
katanya.
Baru berkata dia sedar bahawa kes-kes terbabit sangat sensitif, justeru mahu ia diselesaikan secara pentadbiran.
"Saya harap kita dapat bersama-sama menyokong biparti bagi mempertahankan hak semua warganegara Malaysia tanpa mengira kepercayaan, bangsa dan latar belakang mereka sebagaimana sumpah jawatan sebagai wakil rakyat," katanya.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Kes Allah: 'PH Mahu Selesai Luar Mahkamah Tapi Muhyiddin Tak Setuju'" bertarikh 18 Mac 2021)