Sabtu, 12 Februari 2022

Seorang Mekanik Melihat Malaikat Di Dalam Kereta Pastor!


Oleh Pastor Christina Ang:

Baru semalam (11 Feb), suami saya Pastor Paul Ang pergi ke kedai mekanik berdekatan rumah kami untuk diperiksa keretanya. Mekanik menanya kenapa dia ingin kereta itu diperiksa sedangkan semuanya kelihatan elok. Suami saya menjawab bahawa dia ingin membuat perjalanan ke kota lain - ke Johor.

"Oh," kata mekanik itu, "Kes Covid tinggi di situ, kamu tak takut matikah?"

Pastor Paul menjawab, "Tuhanku akan menghantar malaikat-malaikat-Nya untuk melindungiku dan semuanya baik."

Secara tiba-tiba mekanik itu berkata, "Hei, siapakah lelaki berpakaian serba putih dalam keretamu?" Suami saya melihat dalam kereta dan tak melihat sesiapapun.

Mekanik itu berkata lagi dalam ketakutan, "Ada seorang lelaki yang berambut putih dan berpakaian putih duduk di kerusi belakang kereta dengan lengannya berpeluk tubuh. Tolong pergi cepat-cepat. Lihat, aku bercakap benar, lihat semua bulu romaku sudah menegak."

Suami saya menjawab, "Oh itu, itu adalah malaikatku. Dia akan menjagaku dalam perjalananku."

Tuhan membuka mata mekanik muda ini supaya dia sendiri dapat melihat dan percaya.

Betapa hebatnya Tuhan kita! 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada hantaran Facebook Pastor Christina Ang bertarikh 12 Februari 2022)