Khamis, 25 Ogos 2022

Smith Wigglesworth dan Lelaki Yang Membawa Kereta Kuda


Pada suatu hari, Tuhan berkata kepada Smith Wigglesworth dan memberitahunya untuk pergi ke suatu tempat tertentu di sebelah jalanraya di Bradford dan menantikan seorang lelaki yang akan diutuskan-Nya.

Dia pergi dan menunggu selama setengah jam, kemudian dia menunggu sejam. Setelah menunggu sejam setengah, dia sudah hampir mahu pergi ketika dia melihat seorang lelaki yang sedang membawa kereta kuda. "Inilah orangnya," Roh Kudus berbicara di hatinya,

Wigglesworth melonjak ke atas dan duduk di kerusi bersebelahan pemandu itu. Dia disuruh turun tetapi dia tidak berganjak. Dengan kasih, keikhlasan dan kesabaran, hamba Tuhan itu berkata dengan pemandu itu mengenai keperluannya untuk Yesus. Sebelum mereka sampai ke destinasinya, lelaki itu berserah kepada tuntutan Juruselamat.

Tidak lama dari itu, berita datang bahawa lelaki itu telah tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia, dan berita itu diiringi mesej bahawa dia telah meninggal dunia sambil percaya di dalam Tuhan. Tuhan benar-benar dapat memakai kita semua. 

(Diterjemahkan daripada hantaran kumpulan Facebook Smith Wigglesworth Quotes & Testimonies, petikan dari buku "Smith Wigglesworth - A Man Who Walked With God", mukasurat 94)