Khamis, 29 September 2022

Kisah Brother Andrew Yang Menyeludup Alkitab Ke Dalam Negara-Negara Komunis


Brother Andrew mendapat nama julukan "God's Smuggler" (Penyeludup dari Tuhan) untuk penghantaran Alkitabnya yang berani merentasi Tirai Besi ke dalam negara-negara Komunis yang tertutup kepada Injil pada kemuncak Perang Dingin.

Salah satu kisah Brother Andrew yang paling digemari adalah suatu insiden berisiko tinggi pada awal pelayanannya. Brother Andrew mendekati sempadan Romania dengan keretanya - yang dimuat penuh dengan Alkitab yang dilarang di negara itu.

Dia hanya dapat berharap pengawal-pengawal sempadan akan melakukan tugas dengan cepat dan tidak seberapa memberi perhatian sehingga mengizinkannya melepasi sempadan tanpa dikesan. 

Tetapi sambil dia menaruh harapan itu, Brother Andrew melihat pengawal-pengawal itu menghentikan kereta yang paling depan dalam barisan. Dia melihat, dengan berharap, sambil pemilik kenderaan itu dipaksa mengeluarkan semua kandungan dalam kereta dan mempamerkan semuanya di tanah untuk pemeriksaan. 

Setiap kereta yang berikutan menerima layanan yang sama, dengan pemeriksaan kereta yang keempat paling lama. Pengawal itu mengambil sejam penuh untuk memeriksa kereta itu, termasuk membuka rim tayar, membuka enjin, dan juga mengeluarkan tempat duduknya. 

"Oh Tuhan," Brother Andrew berdoa, "Apakah yang saya harus buat?" 

Sambil dia berdoa, suatu idea yang berani datang kepada Brother Andrew. "Saya tahu tidak ada apa-apa kepandaian yang saya miliki untuk melepasi pemeriksaan sempadan ini. Beranikah saya meminta untuk suatu mukjizat? Biarlah saya keluarkan beberapa Alkitab dan meletakkannya di tempat terbuka di mana dapat dilihat orang." 

Meletakkan beberapa Alkitab di tempat terbuka bererti benar-benar bersandar kepada Tuhan, dan bukannya kepada kepandaiannya sendiri, begitu fikirnya. Jadi apabila pengawal-pengawal menyuruh Andrew maju ke hadapan, dia melakukan seperti yang disuruh. "Saya memberikan kepada pengawal dokumen-dokumen saya dan mulai mahu keluar kereta. Tetapi betis pengawal itu berdepan pintu, menyebabkan pintu itu kekal tertutup."  

Dan kemudian, sesuatu hal yang hampir tidak dapat dipercayai pun berlaku. 

Pengawal itu melihat pasport Brother Andrew dan secara mendadak melambaikan untuknya pergi. "Pasti tak sampai tiga puluh saat berlalu," dia mengingat kembali.

Brother Andrew menghidupkan enjin dan mulai memandu, sambil sepanjang waktu memikirkan samada dia perlu memandu kereta ke tepi untuk diselongkar dan diperiksa. "Saya memandu perlahan-lahan ke hadapan, kaki saya sudah siap untuk menekan brek. Tiada apa terjadi, Saya melihat cermin belakang. Pengawal itu melambai tangan supaya kereta yang seterusnya berhenti, dan memberi isyarat kepada pemandu itu untuk keluar dari kereta." 

Tuhan telah membuka pintu untuk Brother Andrew menyeludup Alkitab kepada orang-orang Kristian yang tidak memiliki akses kepada Firman Tuhan. 

Impak Di Sekeliling Dunia

Usaha Brother Andrew berterusan berdekad-dekad dan merentasi banyak lokasi geografi. Dan insiden terkenal di sempadan Romania ini menjadi salah satu daripada banyak pengalaman yang nyaris-nyaris kedapatan. Seiring perjalanannya, Brother Andrew juga telah mencipta suatu doa khas untuk diucapkan sambil dia menyeludup Alkitab dan bahan bacaan Kristian menyeberangi sempadan. 

"Tuhan, dalam bagasi saya adalah Firman yang saya ingin bawakan kepada anak-anak-Mu. Sewaktu Engkau di bumi, Engkau telah mencelikkan mata orang buta. Sekarang saya berdoa Engkau membutakan mata yang celik. Jangan izinkan pengawal-pengawal itu melihat apa yang Engkau tidak ingin mereka lihat." 

Kisah-kisah dari pengembaraan berbahaya Brother Andrew ke merata dunia telah menyebabkannya diberi nama julukan God's Smuggler - suatu gelaran yang kemudian telah menjadi tajuk buku bestseller mengenai pelayanannya, salah satu buku Brother Andrew, yang seterusnya telah mendapat jualan lebih 10 juta naskah dan telah diterjemahkan ke dalam tiga puluh lima bahasa. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Open Doors bertajuk, "Brother Andrew's Story")