Isnin, 5 Disember 2022

Komposisi Kabinet Malaysia 2022 Mengikut Gabungan Parti dan Parti

Sumber grafik: The Star

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Kabinet baharu dengan 28 menteri.

Carta di atas menunjukkan komposisi menteri mengikut gabungan parti.

15 atau 54% daripada menteri Kabinet adalah daripada Pakatan Harapan yang memegang bahagian terbesar.

Ini diikuti oleh Barisan Nasional dengan 6 (21%) menteri, Gabungan Parti Sarawak (18%) dan Gabungan Rakyat Sabah (3.6%).

Carta yang di bawah pula menunjukkan komposisi Kabinet mengikut parti:

Sumber grafik: The Star

Parti PKR memiliki 8 menteri, diikuti dengan UMNO (6), DAP (4), PBB (3), Amanah (2), dan beberapa parti lain, masing-masingnya seorang menteri. 

Terdapat dua menteri dari Sabah dan lima dari Sarawak dalam Kabinet baharu ini.

Dalam Kabinet yang sebelum ini, terdapat dua menteri dari Sabah dan empat dari Sarawak.

Bilangan menteri wanita kekal lima orang, sama dengan Kabinet yang sebelum ini.


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Star bertajuk, "Interactive: Sizing Up Malaysia's New Cabinet" yang ditulis oleh Razak Ahmad dan Diyana Pfordten bertarikh 2 Disember 2022)