Hal ini penting kerana keyakinan Kristian bergantung pada
fakta kebangkitan. Dan itulah mengapa para pengkritik selama berabad-abad telah
membuat pelbagai senario untuk menyanggah dan mengaburkan realiti kebangkitan.
Teori Makam Yang Salah
Salah satunya adalah teori kubur yang salah. Semua orang
pergi ke kubur yang salah - kubur yang kosong - dan menganggap Kristus telah
bangkit.
Seorang doktor dari Indiana, Joseph Bergeron, mengkaji
penyaliban Kristus dan akibat-akibatnya selama 10 tahun, dan menuliskannya
dalam The Crucifixion of Jesus: A Medical Doctor Examines the Death and
Resurrection of Christ.
"Pergi ke makam yang salah dan menemukan makam itu
kosong tidak akan muncul dalam fikiran siapa pun bahawa orang tersebut telah
dibangkitkan dari kematian," kata Bergeron kepada CBN News. "Tidak
ada yang berfikir bahawa kuburan yang kosong bererti seseorang telah dibangkitkan
dari kematian. Itu adalah pemikiran yang tidak masuk akal."
Fikiran pertama seseorang berkemungkinan besar adalah bahawa
seseorang telah mengambil mayat Yesus, Bergeron menyarankan, dengan mengatakan,
"Maria Magdalena, ketika ia menemukan kubur yang kosong, ia berlari kepada
Petrus dan berkata, 'Mereka telah mencuri mayat-Nya, saya tidak tahu ke mana
mereka membawanya."
Alex McFarland, seorang pembela utama iman Kristian di
acara-acara seperti kem Alkitab dan konferensi apologetika, menunjukkan fakta lain
yang terkenal.
"Pilatus telah mengirimkan sekumpulan perajurit Romawi
untuk menjaga makam itu," katanya. "Jelas mereka tahu makam yang
manakah itu."
"Semua orang tahu di mana makam itu berada. Makam itu
milik Yusuf dari Arimatea, seorang yang kaya raya; makam itu masih baru,"
Bergeron menjelaskan, mengatakan tentang pihak berkuasa dan makam itu,
"Mereka menempatkan tentera di sana, untuk memastikan bahawa tidak ada
yang mengambil mayatnya. Jadi semua orang tahu di mana letaknya."
McFarland percaya bahawa ada banyak hal yang telah terjadi kepada
para murid selain hanya menemukan sebuah kubur kosong untuk menjelaskan
keyakinan mereka yang tiba-tiba menjadi sangat kuat terhadap Kristus yang telah
bangkit - keyakinan yang begitu kuat sehingga mereka semua, kecuali satu orang,
akan menghadapi kematian sebagai martir kerananya.
Seperti yang dikatakan McFarland, "Tiba-tiba mereka
mulai memberitakan bahawa Kristus hidup, dan mereka bersedia mati untuk iman
mereka. Tidak masuk akal jika mereka tersilap pergi ke makam yang salah."
Teori Pengsan
Ada juga teori pengsan, yang menginginkan anda untuk percaya
bahawa Yesus tidak mati di kayu salib, melainkan hanya pengsan, terbangun di
dalam kubur beberapa hari kemudian, menggulingkan batu besar itu dan melarikan
diri.
McFarland menyebut hal itu sebagai "mustahil".
Pertama-tama, orang tidak akan selamat dari penyaliban.
McFarland merujuk pada sejarawan Flavius Josephus, yang hidup setelah masa
Kristus di bumi, mengatakan, "Josephus mendokumentasikan bahawa tidak ada
orang yang selamat dari penyaliban Romawi. Selama beberapa dekad penyaliban
Romawi, hanya ada satu orang yang turun dari salib dalam keadaan hidup, kata
Josephus, dan orang ini meninggal dalam tempoh 24 jam."
Cukup ramai orang, baik kawan mahupun lawan, yang melihat
tubuh Yesus turun dari kayu salib, dan mereka pasti tahu bahawa itu bukan hanya
orang yang tidak sedarkan diri.
Teori Ini Membuat Tuhan Menjadi Pembohong
Jadi setelah semua itu, McFarland menjelaskan bahawa para
penganut teori pengsan menyajikan senario yang tidak mungkin: "Dia
dibaringkan di dalam kubur, Dia menghidupkan kembali diri-Nya sendiri, Dia
memindahkan batu seberat dua setengah sampai tiga tan dan Dia mengalahkan
belasan tentera Romawi yang dalam keadaan fizikal yang sangat kuat. Dalam
penyamaran, Dia menyeberang ke seberang kota, mengumpulkan kembali
murid-murid-Nya yang tercerai-berai, dan Dia berkata, "Akulah Kebangkitan
dan Hidup."
Dan hal ini menjadi masalah terbesar bagi McFarland dengan
teori pengsan: apa yang akan dikatakan tentang moral Yesus jika Dia secara
terang-terangan berbohong.
Kerana para penganut teori pengsan ingin agar anda percaya
kepada Kristus, "Dia mengatakan kepada murid-murid-Nya bahawa Dia telah
bangkit, dan Dia mengizinkan mereka untuk pergi dan memberitakan apa yang salah
dan mati untuk apa yang tidak benar. Hal ini mengorbankan sifat moral dan
kebenaran dari peribadi Yesus."
Teori Tubuh Yang Dicuri
Teori tubuh yang dicuri menyatakan bahawa para murid yang
melarikan diri dengan ketakutan setelah penyaliban kemudian mengambil risiko
kematian untuk mencuri tubuh Kristus dari kubur dan mengarang seluruh kisah
kebangkitan.
Pertama, McFarland menunjukkan bahawa orang-orang yang
ketakutan dan meringkuk dalam senario seperti itu akan menghadapi tentera yang
paling kuat dan paling ditakuti di dunia kuno.
Dia berkata, "Tuan mereka telah ditangkap; harapan
mesianis mereka telah musnah. Namun, mereka tetap mahu berkumpul dan
mengumpulkan keberanian yang cukup untuk mengalahkan tentera Romawi? Maksud
saya, ini hanya akan berakhir dengan penangkapan, jika bukan hukuman mati dan
kematian."
Teori mengatakan bahawa para murid memukuli atau merasuah
para perajurit atau menyelinap dan berjalan melalui tubuh mereka yang sedang
tidur. Bergeron dan McFarland sangat meragukan bahawa kelompok murid-murid ini
dapat bertarung dan mengalahkan atau merasuah atau menyelinap melalui belasan
orang atau lebih tentera Romawi yang ditugaskan untuk menjaga makam tersebut.
"Sejarah mengatakan kepada kita bahawa jika seseorang perajurit
Romawi gagal dalam tugas, mereka akan dihukum bunuh," kata McFarland.
"Saya meragui ada sesiapapun dari murid-murid ini, sekelompok kecil
pemberontak ini mampu merasuah seorang tentera Romawi, mengalahkan secara fizikal
seorang tentera Romawi. Saya tidak fikir askar-askar itu akan tertidur."
Bergeron menambahkan, "Disiplin tentara Romawi sangat
ketat. Jika Anda kedapatan tertidur ketika bertugas, Anda akan dipukul sampai
mati."
Teori Halusinasi
Pendapat popular lainnya adalah bahawa setiap orang yang
melihat Yesus hidup setelah kematian-Nya hanya berhalusinasi.
Bergeron menekankan bahawa dalam kes-kes halusinasi kelompok
yang jarang didokumentasikan itu, setiap orang melihat hal-hal yang berbeza.
Kerana itu semua ada di dalam fikiran mereka.
"Orang yang berhalusinasi adalah orang yang sakit
teruk. Mereka memiliki masalah fisiologi dengan otak mereka: mungkin tumor,
atau sejenisnya. Suatu masalah biokimia dengan otak mereka."
Para pengikut Kristus nampaknya tidak menderita keadaan yang
melemahkan seperti itu.
"Para murid sangat cerdas dan teratur," kata
Bergeron, sambil menekankan betapa cepatnya gerakan mereka meluas:
"Kekristianan menyebar dengan cepat melalui Kekaisaran Romawi. Pada tahun
64 Masihi, jumlah orang Kristian sudah cukup besar sehingga Nero melancarkan
penganiayaan besar-besaran terhadap orang Kristian."