Dame Sarah Mullally telah ditahbiskan sebagai Bishop Besar Canterbury wanita yang pertama.
Dalam khutbahnya, dia mengakui kegagalan memberi perlindungan dalam Church of England, dengan mengatakan "kita mengingati mangsa-mangsa dan mereka yang telah mengharungi penganiayaan dalam hati dan dalam doa kita".
Putera dan Puteri Wales, yang mewakili Raja Charles, dan PM Keir Starmer adalah di antara 2,000 tetamu yang menghadiri upacara itu.
Walaupun dia telah secara rasmi disahkan dalam peranan itu pada Januari, upacara hari ini menandakan permulaan pelayanan awam Mullally.
Dia menghadapi beberapa cabaran - pihak-pihak tradisional dalam Gereja dan dalam Persekutuan Anglikan global yang lebih meluas masih menentang gagasan bahawa wanita boleh menjadi paderi, manakala sesetengah bishop enggan untuk mentahbiskan wanita.
Di Canterbury, orang ramai berkumpul "untuk menyaksikan detik bersejarah ini" dan "menjadi sebahagian dari hari yang besar ertinya ini".
(Diterjemahkan daripada artikel BBC bertajuk, "Dame Sarah Mullally Acknowledges 'Victims and Survivors' As She's Installed As Archbishop" bertarikh 25 Mac 2026)
