Selasa, 26 April 2011

Bahagia Dalam Senyap

Oleh Julie Hadden, The Guideposts, April 19, 2011


        Buku The Power of Positive Thinking (Kuasa Pemikiran Positif) oleh pengasas majalah Guideposts, Dr. Norman Vincent Peale pertama diterbitkan pada 1953 dan baru-baru ini, aku terbaca bahawa buku itu telah mencapai jualan lebih kurang 26 juta naskah di seluruh dunia.
        Tidaklah menghairankan bahawa buku ini penuh dengan pengertian yang cukup bermakna dan yang masih sesuai untuk hari ini.
        Aku mahu menumpukan pada satu aspek buku ini pada minggu ini sebab ianya telah membawa makna yang besar kepadaku, terutama pada hari-hari kebelakangan ini. Konsepnya ialah mengadakan amalan harian yang meluangkan masa untuk tidak berbuat apa-apa selain senyap. Nasihat Dr. Peale ialah untuk mengadakan 15 minit yang langsung tidak  diganggu sebarang kebisingan. Dengan tanpa mencuba mengatur fikiranmu. Dengan tanpa membaca. Dengan tanpa menulis. Cuma mendengar saja.
        Kesenyapan adalah sesuatu yang sangat berharga bagiku. Usaha untuk mengimbangkan peranan sebagai isteri, emak, anak perempuan, kakak, sahabat, penulis dan penceramah – walaupun semua peranan ini penting bagiku – boleh membuatku penat dan memerlukan kekuatan baru.  Aku pasti setiap orang akan dapat mengerti perasaan ini dalam kita menangani pelbagai tuntutan yang dikehendaki daripada kita. Dan akupun sudah  mulai mengerti dan semakin menghargai nilai kesenyapan.
        Kebelakangan ini aku cuba melaksanakan peraturan 15-minit ini dalam hidupku sendiri. Pada hari-hari tertentu, aku dapat melakukannya. Pada hari-hari tertentu kesenyapan tidak datang sehingga aku terlantar di katil pada penghujung hari yang sibuk. Tetapi pada hari-hari di mana aku dapat mencuri secebis kesunyian dengan lebih awal, aku mendapat banyak manfaatnya. Aku dapat mendengarkan Allah. Dan kadang-kadang kesenyapan itu membawa pernyataan kebenaran yang paling bererti daripada-Nya ke dalam hati dan hidup kita.
        Aku sungguh-sungguh percaya bahawa amalan ini membawa perubahan dalam tahap kecergasanku, keberhasilanku dan kesabaranku pada sepanjang hari. Yesaya 30:15 menyatakan dengan baik sekali, “Dalam tinggal diam dan tenang terletak kekuatankmu.” Berilah keutamaan pada dirimu dengan memberi dirimu 15 minit kesenyapan yang tidak terancang . Engkau akan berasa kagum dengan berkat yang engkau bakal terima.
(Diterjemah daripada artikel asal "A Quiet Happiness")
Untuk artikel asal dalam Bahasa Inggeris,  Sila Klik Di Sini