Khamis, 5 Mei 2011

Tahukah Anda... Kependudukan Dunia Mencapai 7 Billion?


NEW YORK: Kependudukan dunia dijangka mencapai 7 billion pada bulan Oktober dan akan bertambah menjadi 10.1 billion orang dalam masa 90 tahun akan datang, begitu dinyatakan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa lalu dalam penilaian semula jangkaannya.
Kebanyakan daripada pertambahan penduduk dalam sembilan dekad akan datang akan berlaku di negara-negara yang mempunyai kadar kesuburan yang tinggi – 39 di Afrika, sembilan di Asia, enam di Oceania dan empat di Amerika Latin.
Asia mempunyai dua negara dengan kependudukan dunia paling tinggi, China dengan 1.347 billion dan India dengan 1.241 billion orang pada 2011.
(Sumber: dpa)