Nick Vujicic telah bernikah dengan tunangnya, Kanae Miyahari di California (12 Feb 2012) |
Penceramah motivasi dan pengarang buku Life Without Limits, Nick Vujicic telah dilihat di sebuah pantai di Hawaii baru-baru ini, menikmati cahaya suria bersama dengan isteri barunya Kanae Miyahara.
Sejurus sebelum dia bertolak untuk bulan madunya, dia telah menghantar mesej tweet yang memuji Tuhan, dengan menyatakan, “Kami siap bertolak – WOO HOO! Tuhan sungguh AJAIB!”
Vujicic dan Miyahara |
Mereka telah bernikah beberapa hari sebelum Hari Valentine di suatu lokasi yang tidak disebut di California setelah bertunang pada bulan Ogos.
Vujicic yang telah dilahirkan tanpa lengan dan kaki, dikatakan telah sendiri meletakkan cincin pernikahan ke atas jari isterinya sementara isterinya pula menyarungkan rantai yang dikalung cincin pada lehernya.
Dengan komitmen untuk menjadi suami yang baik, pengkhabar Injil berusia 29 tahun itu berharap dia dapat melakukan segala yang dapat dilakukan untuk menjadi berkat kepada Miyahara, yang merupakan baginya hadiah terbaik “selepas kehidupan, keselamatan (dari dosa), dan perhubungan dengan Tuhan.”
Pada hari-hari sebelum pernikahannya, dia telah bertanya pada laman Twitternya, “ada sesiapa yang mahu bagiku nasihat untuk bantuku menjadi suami yang sebaik mungkin?”
Pasangan yang bahagia |
Beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang pernah membaca bukunya, mendengar ceramahnya, ataupun tahu kisah imannya telah membanjiri laman Facebooknya dengan ucapan tahniah.
“Aku gembira melihat kau gembira, wiraku,” begitu ditulis Smile Pepear. “Mengucapkan anda segala kebahagiaan dalam alam pernikahan!”
Lorreta Burn memberi komen, “Aku bertemu dengan anda tahun lepas di Northland dan telahpun menjadi peminat setiamu untuk bertahun-tahun. Apa yang dapat kukatakan ialah, dia seorang gadis yang sangat bertuah untuk dapat menawan hati jejaka hebat sepertimu!”
“Anda adalah mukjizat yang bergerak dan teladan kepada semua tentang apa kuasa kasih, iman dan kepercayaan pada dirimu dan impianmu boleh lakukan,” Darshan Gabriel Shanti menambahkan. “Semoga Tuhan memberkati anda dan seluruh keluargamu serta semua pengikut-pengikutmu dan juga orang-orang yang anda belum lagi capai.”
Vujicic semasa kanak-kanak |
“Kalau anda telah mencapai segala yang anda telah lakukan setakat ini seorang diri, aku teringin sekali melihat betapa banyak lagi anda akan lakukan secara bersama,” kata Rob Wright.
Dilahirkan dengan sindrom Tetra-amelia, sejenis penyakit yang jarang-jarang ditemui dan menyebabkan ketiadaan kesemua lengan dan kaki, Vujicic tidak mengizinkan kurang upaya pada dirinya mengatasi kehidupannya, dengan belajar bagaimana menulis, menggunakan komputer, bermain tenis, memandu, bermain dram, mengarang sebuah buku, memulakan pertubuhan kebajikan, dan juga melungsur air.
Vujicic belajar menulis |
Pada setiap kesempatan untuk berceramah, dia menyatakan dengan lantang peranan Tuhan yang begitu penting dalam membentuk dan memperbaharui hidupnya, yang pada suatu ketika dulu penuh dengan kemurungan dan kepahitan.
“Aku telah menemukan tujuan kewujudanku dan juga tujuan keadaanku,” dia menerangkan. “Pasti ada tujuannya mengapa kita diuji dalam api.”
Menerusi imannya dalam Tuhan, yang telah mengubah hidupnya dan yang telah memberinya pengharapan, Vujicic telah menyentuh berjuta-juta jiwa dengan kesaksiannya, memberi dorongan kepada mereka yang lemah dan patah hati agar percaya kepada Tuhan untuk pertolongan dan kebebasan.
Vujicic boleh melakukan banyak perkara termasuk berenang dan meluncur air! |
“Ianya bukan mengenai luaran seseorang. Ianya mengenai keutuhan secara dalaman,” kata Vujicic pada suatu acara Harvest sebelum ini di Seattle. “Sebab aku telah melihat begitu ramai orang yang memiliki kecukupan secara luaran tetapi yang tidak mengenali kebenaran. Kebenaranlah yang membebaskan kita, dan siapapun yang dimerdekakan oleh Anak, orang itu benar-benar bebas.”
Ceramah Vujicic yang akan datang bertempat di Calvary Community pada 13 April.
Sehingga masa itu, dia terus menikmati waktu cutinya yang singkat untuk merayakan lembaran baru dalam hidupnya dengan pengantinnya.
Dia juga berharap untuk mempunyai anak-anak pada masa hadapan, sesuatu yang mungkin baginya dari segi perubatan.
“Aku tidak sabar lagi menjadi seorang bapa,” dia pernah katakan sebelum ini dalam rancangan “60 Minutes.” “Kami akan dapat bermain dan berpelukan bersama-sama, dan adalah hari yang menakjubkan satu hari nanti bila aku berjalan di samping anak perempuanku ke arah mimbar untuk perkahwinannya.”
(Dipetik dan diterjemah dari artikel Christian Post bertarikh 20 Februari 2012, "Limbless Evangelist Nick Vujicic Honeymoons With New Wife in Hawaii")