Rabu, 28 Mac 2012

Tahukah Anda... Kependudukan Kristian Di Malaysia 2010?



Banci 2010 adalah banci kelima yang telah dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada 1963. Sebelum itu, banci telah dilakukan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000.


Data dipetik daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Mengikut statistik dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, penduduk Kristian merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Ini bererti dari jumlah penduduk 28,334,135 orang di Malaysia, seramai 2,617,159 orang adalah penganut Kristian.

Daripada jumlah 2.6 juta orang Kristian di Malaysia, 710,447 orang tinggal di Semenanjung, sementara 853,726 orang tinggal di Sabah dan 1,052,986 orang menetap di Sarawak. Ini bererti bahawa majoriti orang Kristian di Malaysia (72.8%) tinggal di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya adalah pengguna Bahasa Malaysia.



Berikut ini pula kita akan melihat taburan penduduk Kristian di negeri Sabah;

Di Sabah, penduduk Kristian merupakan golongan kedua besar dengan 26.6% daripada jumlah penduduk negeri.

853,726 orang Kristian, iaitu 26.6% daripada jumlah besar penduduk di Sabah seperti tercatit dalam Banci 2010, yakni 3,206,742 orang (meliputi 2,316,963 warga Malaysia dan 889,779 bukan warganegara Malaysia).

Berikut ini kita akan melihat taburan penduduk Kristian di negeri Sarawak; 

Di Sarawak, penduduk Kristian merupakan golongan terbesar dengan 42.6% dari jumlah penduduk negeri.

1,052,986 orang Kristian, iaitu 42.6% daripada jumlah besar penduduk di Sarawak seperti tercatit dalam Banci 2010, yakni 2,471,140 orang (meliputi 2,354,048 warga Malaysia dan 117,092 bukan warganegara Malaysia).

Ada soalan atau komen tentang Banci 2010? Sila kemukakan dalam ruangan komen di bawah...