Darlene dengan Mark |
Kemudiannya, dia dan suaminya, Mark menganggotai band Muda-Mudi yang pergi ke Sydney untuk melawat dan melayani sekolah-sekolah menengah di situ.
Kemudiannya sekitar 1990, keluarga Zschech ini meninggalkan rumah dan gereja mereka di Queensland untuk berpindah ke Sydney di New South Wales, di mana mereka menjadi sebahagian daripada pasukan muzik gereja Hills Christian Life Center (kemudiannya dinamakan Hillsong Church).
[Dalam temuramah dengan Don Gillespie di Sydney pada tahun 1997, Darlene Zschech menceritakan mengapa mereka berpindah dari Brisbane ke Sydney;
"Mark dan aku bertemu di band gereja. Dia pemain dram, aku pula penyanyi. Akhirnya kami kembali ke Ipswich, tempat asal Mark, dan kami menjadi pembantu pastor muda-mudi di situ. Mark bersungguh-sungguh mahu ke Sydney, untuk bermain muzik. Aku tidak mahu berpindah ke Sydney. Waktu itu lebih kurang setahun selepas kami berkahwin. Aku baru menjalinkan kembali perhubunganku dengan ibuku, dan aku tidak mahu meninggalkannya. Tak mungkin!"
"Mark merasakan seperti Tuhan sedang berbicara kepada kami untuk berpindah. Jadi kami berdoa bersama-sama, kemungkinan untuk kali pertama sejak kami berkahwin. Mark berdoa, 'Kami sedia berpindah ke Sydney, Tuhan, aku benar-benar merasakan ini pimpinan-Mu. Tunjukkan kami bila waktunya.' Aku secara rahsia pula mengucapkan, 'Moga-moga, Tuhan, tidak jadi begitu.'
"Pada keesokan harinya, kami pergi ke sebuah gereja kecil dalam perjalanan pulang, di mana mereka tidak mengenal kami. Pada hari itu, mereka dilayani seorang pengkhutbah undangan, yang sewaktu pertengahan khutbahnya, berhenti dan berkata kepada kami, 'Kamu berdua, berdiri.' Dia berkata, 'Ini tidak sering berlaku padaku, tetapi apapun yang anda berdua doakan malam tadi, Tuhan katakan lakukan itu sekarang.' Tiada seorang pun yang mengetahui tentang hal itu dan aku rasa kecewa.
"Jadi aku meminta Tuhan untuk satu tanda lagi. Betapa besar belas kasihan Tuhan. Ibuku pada waktu itu belum diselamatkan dan aku tahu dia akan merasa kecewa, oleh itu aku fikir baik aku menelefonnya. Apabila aku menelefonnya, dia berkata,'Kalau itu yang Tuhan mahu, kau harus lakukannya.' Itu semestinya perbuatan Tuhan sebab adalah suatu mukjizat yang sesungguhnya untuk ibuku berkata-kata seperti itu. Enam minggu kemudian, kami sudah berpindah dan kami berdua pun dapat pekerjaan. Kami kenal Pat Mesiti dari Hills dan kami rasa tepat untuk kami pergi ke situ."]

Album "Shout to the Lord" (1996) |
Pada tahun 1997, CD itu dicalonkan untuk Anugerah Dove bagi Kategori Album Terbaik, dan pada 1998, lagu Darlene "Shout to the Lord" dicalonkan untuk Anugerah Dove bagi Kategori Lagu Terbaik.
Pada tahun 1999, Darlene menerima Anugerah International Impact of the Year (Paling Berpengaruh Di Peringkat Antarabangsa) daripada American Gospel Music Association di Nashville.
Selama 25 tahun dengan Hillsong Church di Sydney, di mana antara tahun 1996-2007, Darlene juga menjadi pastor bahagian penyembahan, dia telah membantu menerbitkan banyak album "live worship" yang mendapat sambutan hangat. Melalui Konferensi Hillsong yang dilangsungkan setahun sekali, Darlene dan pasukannya telah melatih lebih 600 penyanyi vokalis untuk menjadi lebih berkesan di gereja-gereja tempatan seluruh dunia di samping memberi inspirasi kepada lebih 10,000 orang peserta yang mengikuti kebaktian malam sepanjang konferensi itu.
Darlene memimpin penyembahan |
Sepertimana dikatakannya dalam satu temuramah dengan pastor daripada Dovetail Baptist Church, di Liverpool, England, "Ini bukan mengenai Darlene, aku benar-benar percaya bahawa ini adalah sesuatu yang telah direncanakan Tuhan. Jika aku tidak memiliki hubungan yang secara berterusan dengan Tuhan, aku tidak ada apa-apa lagi untuk disampaikan, ianya hanya menjadi sebuah lagu seperti lagu lain."
Sokongan daripada keluarganya dan gerejanya telah membantunya mengekalkan perspektifnya dan untuk terus menjadi kuat dan setia dalam hidup dan pelayanannya. Para penyanyi dan pemuzik yang melayani bersamanya bukan hanya individu-individu yang berbakat, tetapi merupakan pasukan yang saling mendokong, dan Gerejanya adalah keluarga besarnya. Lebih-lebih lagi dalam pernikahan dengan suami yang penyayang, dan sebagai ibu kepada tiga orang anak perempuan, Amy Jaye, Chloe Jaz, dan Zoe Jewel, hidup berkeluarga menjadi keutamaan dalam hidup Darlene.
Tetapi melebihi segalanya, Darlene menyedari bahawa apapun kejayaan yang dia telah kecapi hanya menjadi mungkin di dalam kekuatan Tuhan, dan kepada Tuhanlah dia memberikan pujian dan kemuliaan.
(Sejak Januari 2011, Mark dan Darlene telah mengambil cabaran baru untuk menjadi Senior Pastor di Hope Unlimited Church di Central Coast, New South Wales. Namun begitu, Darlene masih terus membantu penerbitan album Hillsong, dan terus memimpin penyembahan di Konferensi Hillsong serta mengetuai konsert Hillsong di luar negeri)
Baca kembali: Kesaksian Darlene Zschech (Bahagian 1) - Terpegun Oleh Kasih-Nya
Sumber: Zschech Marks: The Unofficial Darlene Zschech Website,
Darlene Zschech Interview by Don Gillespie