Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya |
Kenyataan dua perenggan yang
dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan
mahkamah tersebut tersebut.
“Keputusan itu hanya terpakai
untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia
masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang
dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.
"Kerajaan kekal komited
dengan Penyelesaian 10 Perkara. Malaysia merupakan negara berbilang agama dan
penting kita menguruskan perbezaan dengan aman, berdasarkan peruntukan
undang-undang, dialog, rasa hormat dan kompromi."
Mahkamah Persekutuan hari ini
memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada
tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.
Panel hakim menolak permohonan
gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang
tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan
Katolik, The Herald.
Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria
yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus
Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah
Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.
Gereja Katolik bagaimanapun
kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah
Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.
"Empat hakim tersebut yang
tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh
mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang The Herald,
Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.
Beliau berkata, peguam gereja
akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut.
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Putrajaya Hormat Keputusan Mahkamah, Kristian Masih Boleh Guna Kalimah Allah Di Gereja" penulisan Mohd Farhan Dawis bertarikh 23 Jun 2014)
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Putrajaya Hormat Keputusan Mahkamah, Kristian Masih Boleh Guna Kalimah Allah Di Gereja" penulisan Mohd Farhan Dawis bertarikh 23 Jun 2014)