Selasa, 2 Disember 2014

Tahukah Anda... Kadar Pertambahan Penduduk Mengikut Kaum Di Sabah dan Sarawak (1960-2010)?


Sebelum ini saya pernah memuatkan Populasi Sabah dan Populasi Sarawak mengikut kaum dari 1960-2010 di blog ini. 

Dengan mengambil data-data dari populasi kedua-dua negeri itu, saya telah membuat analisa mengenai pertambahan penduduk mengikut kaum di Sabah dan Sarawak dari 1960 ke 2010 (tempoh sepanjang 50 tahun).

Jika kita melihat carta di bawah, kita akan mendapati bahawa kadar pertambahan penduduk di kalangan Bumiputera Lain (Sabah) dan Bajau jauh melebihi daripada kadar pertambahan penduduk kaum-kaum lain. Bumiputera Lain (Sabah) telah mencapai kadar pertambahan sebanyak 754% antara 1960-2010. Sementara itu suku Bajau mencapai kadar pertambahan sebanyak 651% untuk tempoh yang sama.

Kadar pertambahan penduduk mengikut kaum di Sabah & Sarawak (1960-2010)
*Kaum Melayu (di Sabah) tidak dimasukkan ke dalam carta kerana angkanya
secara bandingan terlalu besar untuk dipamerkan dalam carta ini



Kaedah Pengiraan

           KP =  (N Kini – N Dulu)   x   100
                            ___________________
                           N Dulu

KP = Kadar Peratus
NKini = Nilai Kini
NDulu = Nilai Dulu