Selasa, 4 Disember 2012

Tahukah Anda... Populasi Sabah Mengikut Kaum Bagi Tahun 1960?

Sabah kaya dengan berbilang kaum dan budaya, dengan 32 bangsa utama yang dikenalpasti secara rasmi di Negeri Di Bawah Bayu ini. Bangsa Kadazan Dusun ialah kaum terbesar di Sabah, diikuti bangsa Bajau, Cina, Melayu dan Murut. Semasa melayari web, aku menjumpai data statistik populasi Sabah untuk tahun 1960! Berikut ini statistik populasi Sabah untuk tahun 1960 dan 2010 (merangkumi 50 tahun). 


Bangsa Kadazan Dusun ialah bangsa terbesar di Sabah. Namun begitu, dalam masa 50 tahun (antara 1960 dan 2010) peratusan bangsa Kadazan Dusun di kalangan penduduk Sabah telah jatuh dari 31.9% pada 1960 ke 17.7% pada 2010.

Bangsa Cina juga telah mengalami kejatuhan besar dalam peratusan penduduk di Sabah dari 23.1% pada 1960 ke 9.2% pada 2010. Bangsa Murut juga mengalami kejatuhan peratusan dari 4.9% (1960) ke 3.2% (2010).

Bangsa Bajau mengalami peningkatan dalam peratusan penduduk di Sabah (dari 13.2% ke 14%) untuk tempoh yang sama. Begitu juga bangsa Melayu mengalami peningkatan dari 0.4% ke 5.8%. Demikian juga Bumiputera Lain yang merupakan 17% pada tahun 1960 menjadi 20.6% penduduk Sabah pada 2010.

Peratusan Warga Asing di Sabah telah meningkat paling mendadak dari 7.1% pada tahun 1960 ke 27.8% pada tahun 2010. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk carta dan rajah Taburan Penduduk Sabah 1960 dan 2010 di bawah.

(Statistik 1960 telah dirumus dari dua sumber iaitu British North Borneo (1961) dan Annual Bulletin of Statistics, Sabah, 1965. Statistik 2010 pula diambil dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia)


Taburan Penduduk Sabah 1960 dan 2010