Poster "Hari Memberkati Malaysia," yang diadakan di Stadium Likas, Sabah pada 16 September 2012 |
Pada 16 September 2012, umat Kristian di Malaysia telah menyambut mulanya Tahun Jubilee, iaitu Tahun ke-50 pembentukan Malaysia. Malaysia telah dibentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963 (Singapura kemudiannya menarik diri). Umat Kristian merayakan bermulanya Tahun Jubilee ini dengan Doa Berkat Bagi Malaysia, dalam acara doa gabungan di pelbagai tempat.
Hari Malaysia dan Tahun Jubilee negara telah disambut dengan perayaan penuh sukacita di Kota Kinabalu, di mana dianggarkan kira-kira 14,000 orang telah memenuhi Stadium Likas pada 16 September 2012.
Sambutan meriah di Stadium Likas |
Orang ramai mula tiba seawal pukul 4 petang untuk makan bersama untuk melambangkan akhirnya Doa dan Puasa 40 Hari untuk negara anjuran NECF. Lagu kebangsaan, Negaraku dinyanyikan, diikuti dengan tiupan shofar dan trumpet untuk menandakan permulaan perhimpunan doa itu. Ianya sambutan yang sesungguhnya, lengkap dengan 1,200 pembawa bendera menjulang bendera Sabah dan Malaysia, 300 penari tamborin, 300 peniup shofar dan koir 50 penyanyi mengiringi pasukan pujian dan penyembahan. Para perserta ini memuji Tuhan dan melakukan acara persembahan di atas padang bola di stadium itu dan melayani dengan berkuasa kepada mereka yang hadir di perhimpunan doa itu.
Datuk Bandar Kota Kinabalu menghadiri dan memberikan ucapan yang mendorong. Kemudiannya, semua para hadirin di stadium bangkit berdiri dan membuat lafaz untuk membangun negara dan perhimpunan itu berakhir dengan pertunjukan bunga api.
"Ini ialah waktu yang mengkagumkan bagi gereja di Kota Kinabalu dan negeri Sabah. Hadirat Tuhan dapat dirasakan sungguh kuat di kalangan kami," kata Pastor Steven Choon dari Gereja SIB Skyline.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, 5,000 orang Kristian Sabah telah berkumpul di Padang Merdeka di Kota Kinabalu untuk memperingati acara menurunkan tandatangan untuk Sabah membentuk sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963. Datuk Bandar juga hadir pada acara tersebut di mana suatu deklarasi telah dibacakan dan Perjamuan Kudus telah dijalankan oleh pemimpin-pemimpin gereja tempatan.
Peniupan shofar telah dilakukan di gereja-gereja dan pelbagai tempat mengisytiharkan mulanya Tahun Jubilee (Tahun ke-50) Malaysia |
Di Miri, lebih kurang 800 orang berkumpul di Gereja SIB Canada Hill yang terletak berhadapan dengan bandaraya Miri. Ianya mempamerkan kesatuan antara denominasi yang mengkagumkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli dari gereja-gereja evangelikal, Roman Katolik, Anglikan, Methodis, Baptis, karismatik dan Pentakosta semuanya menyertai. Pertemuan itu dimulakan dengan peniupan shofar ke arah bandaraya Miri untuk mengisytiharkan bahawa Jubilee sudah bermula.
"Ianya waktu pujian dan penyembahan, dorongan dan doa dengan kesatuan hati," kata Pastor Robinson Simunyi dari SIB Canada Hill.
Perayaan Pengharapan Jubilee untuk Lembah Kelang yang diadakan di Gereja FGT, Subang menumpukan fokus kepada doa untuk negara, penduduk dan juga tanah pusaka. Umat Kristian dipanggil untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada negara, untuk mencintai dan menjadi setia kepada Malaysia, untuk menjadi berkat kepada tanah air dan mentransformasikannya untuk Tuhan. Mereka menyebut setiap suku bangsa, memohon untuk pengampunan dan kasih yang diperbaharui. Para pembawa bendera 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan bergerak di sekeliling dewan sementara orang ramai mengangkat tangan dalam doa untuk setiap negeri dan wilayah.
Umat Kristian berdoa untuk kesejahteraan negeri-negeri di Malaysia |
Pastor Khoo Kay Hup dari Gereja FGA KL kemudiannya memimpin dalam doa jemaat agar Malaysia maju. Pastor Edwin Agung dari Gereja SIB Brickfields berdoa dalam Bahasa Malaysia untuk pemulihan dan kesatuan di kalangan bangsa-bangsa dan Rev Esther Kong dari GA611 Bread of Life Centre memimpin dalam memohon Tuhan untuk pengampunan dosa. Setiausaha Agung NECF Rev Chan Theam Lai kemudiannya memimpin para hadirin dalam pengisytiharan berkat Tuhan ke atas tanah, penduduk dan negara.
Di Melaka, kira-kira 1,500 orang dari pelbagai gereja berkumpul di Dataran Pahlawan Melaka di mana gereja-gereja menyampaikan persembahan tarian kebudayaan untuk merayakan hari itu. Gereja-gereja di Johor Baru berkumpul di Pusat Kebajikan Kalvari di mana lebih 600 orang Kristian berkumpul untuk doa syafaat. Acara itu telah dianjurkan oleh Persekutuan Pastor JB, dan bersesuaian dengan tema 2012 persekutuan mereka, "Menyampaikan Obor," doa-doa itu telah dipimpin oleh kebanyakan pastor-pastor dan pemimpin-pemimpin lebih muda.
Tema Perayaan Jubilee iaitu "Pengharapan Jubilee" |
Gereja-gereja Kuala Trengganu telah mengadakan kebaktian doa gabungan di Gereja Lifeline AOG dan menyaksikan penyertaan hampir 100 orang Kristian, termasuk wakil-wakil dari semua denominasi termasuk Roman Katolik. Seorang pemimpin tempatan mengatakan bahawa penyertaan yang begitu baik sudah lama tidak disaksikan. Pengajaran daripada Perjanjian Lama mengenai prinsip Jubilee merupakan pendedahan baru kepada ramai orang Kristian di Trengganu.
Terdapat juga perhimpunan bersama antara gereja-gereja di Alor Setar, Kota Baru, Tawau dan Kuching. Walaupun Hari Malaysia telah pun datang dan pergi dan kita telah menyambut mulanya Tahun Jubilee Malaysia, NECF tidak memberhentikan usaha-usaha doa untuk Tahun Jubilee ini. Kebaktian doa gabungan secara bulanan akan terus diadakan di Lembah Kelang, dan gereja-gereja di kawasan-kawasan lain juga digesa untuk melakukan yang sama. Marilah kita bersama-sama melakukan bahagian kita untuk menggenapi masa depan Malaysia yang diberkati!
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Berita NECF Edisi Okt-Dis 2012 bertajuk "Ushering in Jubilee across Malaysia" penulisan Debbie Loh)