Rabu, 21 November 2012

Tahukah Anda... Populasi Malaysia Mengikut Kaum Untuk Tahun 2010?


Malaysia ialah negara yang kaya dengan berbilang kaum dan budaya. Berikut ini ialah Populasi Malaysia, Sabah dan Sarawak Mengikut Kaum yang telah disusun daripada statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jumlah penduduk Malaysia pada 2010 ialah 28.3 juta, dengan orang Melayu sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk. Bangsa Cina ialah kaum kedua ramai dengan 6.4 juta orang merangkumi 22.6% daripada populasi. Bumiputera Lain (terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung dan bangsa pribumi Sabah dan Sarawak) menduduki tempat ketiga dengan bilangan 3.3 juta orang (11.7%). Bangsa India di tempat seterusnya dengan 1.9 juta orang (6.7%).

Di Sabah, jumlah penduduk pada 2010 ialah 3.2 juta, dengan orang Kadazan Dusun sebagai kaum terbesar dengan 568 ribu orang (17.7% daripada penduduk Sabah). Kaum Bajau dan Cina di tempat kedua dan ketiga masing-masing dengan 14% dan 9.2% daripada penduduk Negeri Di Bawah Bayu.

Di Sarawak pula, jumlah penduduknya pada 2010 ialah hampir 2.5 juta, dengan orang Iban sebagai bangsa teramai dengan 713 ribu orang (28.9% daripada penduduk Sarawak). Bangsa Cina dan Melayu di tempat kedua dan ketiga, dengan peratusan hampir serupa, 23.4% dan 23%. Bangsa Bidayuh pula di tempat seterusnya dengan 8% daripada penduduk Bumi Kenyalang.

Berikut ialah 3 laporan dalam bentuk rajah dan carta mengenai Taburan Penduduk Mengikut Kaum di Malaysia, di Sabah dan di Sarawak bagi tahun 2010. Aku mengambil 3 hari untuk menyiapkan tiga laporan ini. Harap ianya berguna bagi yang membacanya....


Taburan Penduduk Malaysia






Taburan Penduduk Sabah






Taburan Penduduk Sarawak






Tiada ulasan:

Catat Ulasan