Isnin, 20 April 2015

Azmin: Penurunan Salib Secara Paksa Tidak Menghormati Umat Kristian

Mentri Besar Selangor, Azmin Ali

SHAH ALAM: Penurunan secara paksa salib sebuah gereja di Taman Medan tidak boleh diterima dan tidak menghormati umat Kristian, kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

"Salib adalah simbol suci kepada masyarakat Kristian.

"Untuk memaksa mereka menurunkan salib tentu sekali tidak boleh diterima dan tidak menghormati masyarakat Kristian," Azmin memberitahu wartawan setelah menghadiri mesyuarat bulanan untuk jabatan-jabatan kerajaan negeri pada hari Isnin.

Sekumpulan 50 orang yang berdemonstrasi telah berkumpul di luar sebuah gereja di Taman Medan pada hari Ahad untuk memprotes mengenai salib pada bangunan gereja. 

Mereka telah mendesak agar salib itu diturunkan, dan mendakwa ianya mencabar Islam. 

Sebahagian orang yang memprotes itu juga mengatakan bahawa kewujudan gereja di kawasan itu adalah penghinaan terhadap iman mereka. 

Adalah difahamkan bahawa salib itu telah diturunkan oleh pihak berkuasa gereja beberapa jam kemudian.

Gereja itu sedang menjalankan ibadah Hari Minggu apabila kumpulan memprotes itu berkumpul di luar.

(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Azmin: Forced Removal Of Cross Disrespectful To Christians" penulisan Wani Muthiah bertarikh 20 April 2015)