Khamis, 18 Jun 2015

Ahli-Ahli Kaji Purba Menemukan Tulisan Berusia 3,000 Tahun Mengenai Satu Nama Dari Alkitab

Sebuah pasu berusia 3,000 tahun yang diukir tulisan mengenai satu nama yang terdapat
dalam Alkitab, Eshbaal Ben Beda (Foto: Israel Antiquity Authority melalui AP)

Pihak berkuasa jabatan antik Israel berkata ahli-ahli kaji purba telah menemui satu tulisan berusia 3,000 tahun yang jarang ditemui mengenai satu nama yang pernah disebut dalam Alkitab.

Nama "Eshbaal Ben Beda" ditemui pada satu pasu seramik. Eshbaal dalam Alkitab ialah anak kepada Raja Saul.

Ahli-ahli kaji purba Yosef Garfinkel dan Saar Ganor berkata pasu itu kepunyaan Eshbaal yang berlainan, kemungkinan seorang pemilik ladang pertanian. 

Mereka berkata hari ini (16 Jun) adalah pertama kali nama itu ditemui dalam tulisan purba. Ianya adalah salah satu daripada empat tulisan yang ditemui daripada kerajaan Yehuda zaman alkitabiah abad kesepuluh Sebelum Masihi, di mana dikatakan Raja Daud telah memerintah.

Para pengkaji purba telah menggabungkankan semula tulisan itu daripada serpihan-serpihan pasu yang dijumpai di sebuah kawasan penggalian 2012 di Lembah Elah di pertengahan Israel. - Associated Press

(Diterjemah daripada artikel Today Online bertajuk, "Israeli Archaeologists Find 3,000-Year-Old Inscription Of Name From Bible" bertarikh 16 Jun 2015)