Khamis, 18 Jun 2015

Bethany Hamilton Melahirkan Anak Lelaki

Bethany Hamilton dan suami bersama Tobias, bayi lelaki mereka

Dia mendapat seorang anak lelaki! Bethany Hamilton baru saja melahirkan seorang bayi yang sihat dan riang!

Tobias Hamilton dilahirkan dengan berat 3.6kg dan tinggi 21 inci. Namanya datang dari nama moyangnya Tobias dan bererti "Kebaikan Tuhan". Pasangan bahagia ini telah melalui banyak perkara untuk sampai ke detik ini. 

Hamilton menjadi terkenal melalui musibah apabila dia kehilangan sebelah lengan semasa serangan ikan jerung ketika dia berumur 13 tahun. Dia enggan mengizinkan musibah itu membatasi hidupnya, dan meluncur air lagi, menarik perhatian sekeliling negara oleh kerana keberaniannya. Kini, selepas 12 tahun, beberapa filem, dan pelbagai kejohanan luncur air, pasangan ini adalah bukti yang hidup bahawa Tuhan boleh menggunakan apapun keadaan untuk kemuliaan-Nya!

Menjadi seorang ibu memang sesuatu yang mengkagumkan, tetapi ianya penuh cabaran dan Hamilton memperkatakan mengenai menghadapi pelbagai rintangan sementara memiliki hanya satu lengan. 

"Menjadi ibu dengan hanya satu lengan. Saya ada memikirkannya. Saya kadang-kala terlupa bahawa saya hanya ada satu lengan, bayi yang menggeliat dan menukar lampin dengan hanya diri saya boleh menjadi sangat mencabar," kata Hamilton. "Tetapi saya ingat balik bagaimana saya menjalani hidup sekarang, Saya hanya mengubah dan menyesuaikan diri kepada pelbagai perkara dan saya akan mencari cara-cara saya sendiri untuk menjaga bayi itu."

Hamilton telah berkongsi imannya dengan dunia melalui samada filem-filemnya, media sosial atau pergaulan peribadi. Dia juga pernah berucap di White House dan berkongsi imannya dengan Obama. Anda boleh mendengar mengenai pergumulannya untuk hidup dan kepada siapakah dia hidup melalui video di bawah:


Video Bethany Hamilton - "I Am Second"



(Diterjemah daripada artikel Faith It bertajuk, "Bethany Hamilton Just Had A Boy, And His Name Sums Up Her Life!")