Stephen Curry, MVP (Most Valuable Player) National Basketball Association telah memimpin pasukan Golden State Warriors menjuarai Pusingan Akhir NBA 2015 |
Pemain yang meraih Most Valuable Player (MVP) National Basketball Association dan point guard untuk Golden State Warriors, Stephen Curry adalah seorang Kristian yang komited yang telah memimpin pasukannya meraih kemenangan bersejarah dalam Kejohanan NBA.
Curry sekali lagi memimpin Warriors untuk mengalahkan Cleveland Cavaliers, 105-97, dalam Perlawanan ke-6 dalam siri Pusingan Akhir NBA, untuk memenangi kejohanan itu untuk pertama kalinya dalam 40 tahun. Dia dan rakan sepasukan Andre Iguodala mengakhiri perlawanan dengan markah tertinggi pasukan 25 poin setiap orang sementara pasukan Warriors melengkapkan siri pusingan akhir tujuh perlawanan dengan kemenangan 4-2.
Curry menjadi pemain keenam dalam sejarah NBA untuk memenangi MVP pertama dan kejuaraan pertama dalam musim yang sama. Pemain terakhir untuk melakukannya ialah Shaquille O'Neal pada 1999-2000.
Pemain guard Warrior yang berwajah muda itu juga telah menggegarkan gelanggang dengan 98 lontaran jaringan 3 poin yang memecah rekod semasa pusingan playoff NBA, termasuk tiga jaringan tiga poin dalam perlawanan ke-6 Pusiangan Akhir NBA.
Stephen Curry meraikan jaringannya dengan isyarat tangan |
Curry sering menudingkan jari telunjuk tangan kanannya setiap kali dia membuat lontaran jaringan tiga poin, dan mengatakan bahawa itulah caranya dia mengisytiharkan kasih dan imannya terhadap Yesus Kristus.
"Saya berusaha menggunakan setiap perlawanan sebagai kesempatan untuk bersaksi. Saya cuba membuat sesuatu isyarat ringkas setiap kali membuat jaringan sebagai cara untuk mengkhabarkan mesej itu dengan cara-cara kecil yang saya dapat," Curry memberitahu Active Faith. "Setiap perlawanan adalah kesempatan berada di atas pentas yang besar dan untuk menjadi saksi bagi Kristus. Apabila saya memasuki gelanggang, orang seharusnya dapat tahu siapakah yang saya wakili, dan kepada siapakah saya percaya."
Kasut reka bentuk Stephen Curry dengan angka rujukan 4:13 |
"Ianya mewakili satu ayat Alkitab yang saya pakai di kasut saya," dia menjelaskan. "Ianya menyatakan, 'Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.' Ianya juga cogan kata saya, bagaimana saya bersiap untuk permainan dan kenapa saya dapat bermain dengan cara begitu."
Stephen Curry merebut bola daripada LeBron James dari Cleveland Cavaliers semasa perlawanan pertama Pusingan Akhir NBA 2015 |
Curry telah membina iman Kristian yang kuat sejak waktu mudanya. Ibu bapanya sering membawanya ke gereja pada hari Ahad dan Rabu, dan pada suatu hari apabila dia maju ke hadapan mimbar dan pastor pemuda-pemudi menggesanya untuk membuat keputusan peribadi mengenai imannya dan dia pun melakukannya. Dan bintang bola keranjang itu telah menunjukkan komitmennya untuk menguatkan hubungannya dengan Tuhan sejak waktu itu.
"Ada banyak perkara yang kita perlu atasi dalam hidup ini bersama Yesus. Apa yang telah dilakukannya di atas kayu salib, Dia telah membayar harga yang mutlak untuk kita oleh itu saya berbangga menjadi anak Tuhan," katanya.
(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "Stephen Curry, Christian NBA Star, Credits God For Success, Leads Warriors To Historic NBA Title" penulisan Czarina Ong bertarikh 17 Jun 2015)