Johnny Lever, Raja Lawak Bollywood |
Johnny Lever - Ikon Humor Bollywood, Raja Komedi, Charlie Chaplin Junior, khazanah India untuk negara, Aslam bhai yang sangat berbakat - begitulah beberapa kata-kata yang digunakan untuk merujuk kepada Johnny Lever. Telah berlakon dalam lebih 300 filem, dia adalah pemilik 2 anugerah Filmfare yang berprestij.
Pada hari ini, Johnny adalah salah satu ahli komedi yang paling dihormati dan berpendapatan tinggi dalam industri filem India. Johnny berkongsi mengenai kebahagiaannya mengenali Kristus dalam satu temuramah eksklusif dengan CBN India.
Sewaktu Kecil
"Saya asalnya dari India Selatan. Ayah saya dulunya bekerja untuk Hindustan Lever Ltd oleh itu kami menetap di Mumbai. Nama sebenar saya ialah John Rao dan saya mendapat pendidikan saya dari Andhra Educational Society. Walaupun saya bukan pelajar yang cerdik, saya dapat lulus juga dalam peperiksaan. Keluarga kami Kristian tetapi setakat diri saya hanyalah Kristian pada nama saja. Saya hanyalah Kristian pada hari Krismas dan hari Kebangkitan Yesus. Yesus hanya seorang kawan bagi saya, yang diingati hanya pada masa kesusahan.
Dari kecil lagi saya seorang yang sangat peramah dan bebas. Saya tidak pernah mengambil berat mengenai kehidupan. Saya seorang yang suka kehidupan sosial dan menganggap setiap Tuhan sebagi Tuhan saya dan setiap perayaan sebagai perayaan saya. Membuat hal bersama kawan-kawan adalah salah satu kegemaran saya dan sebagai akibatnya ayah saya mendapati saya secara perlahan-lahan menyimpang dari jalan dalam hidup. Oleh itu dia dapatkan saya kerja di Hindustan Lever Ltd sebagai seorang pekerja.
Sewaktu Kerja
Di tempat kerja juga, saya suka main-main, berjenaka, dan sering melakukan pertunjukan lawak jenaka untuk rakan-rakan sekerja semasa makan tengahari dan masa lapang yang lain. Ramai yang sering menonton saya melakukan lawak jenaka dan pada akhirnya mereka semua akan datang dan mengucapkan tahniah kepada saya. Kebanyakan mereka akan katakan, "Johnny, kamu sangat berbakat, mengapakah kamu tidak mencuba nasib dalam filem," dan perkataan itu sering bermain di fikiran saya.

Saya menanda tangan untuk filem saya yang pertama pada 1975 dan pada tahun 1981, saya meninggalkan Hindustan Lever Ltd. Saya menukar nama saya dari John Rao kepada Johnny Lever dan sejak itu tidak lagi memandang ke belakang. Kejayaan demi kejayaan mendatang dan akhirnya nama itu menjadi nama kekal saya.
Sewaktu Mashyur
Johnny Lever |
Secara peribadi saya menerima banyak mesej dan bunga yang menyuruh saya jangan bimbang. Pada hari ketiga, saya diikat jamin dan dikeluarkan dari tahanan. Selepas insiden-insiden seperti ini, saya sering memikirkan bahawa wang saya, status saya dan rangkaian sahabat saya boleh membantu saya dalam setiap situasi kehidupan. Pada setiap hari kami mengadakan parti, tidak mengira apa sebabnya. Sampai pada satu tahap, jika saya tidak bekerja, saya akan ada botol minuman keras di tangan. Kehidupan terus berjalan dengan kejayaan dan parti tetapi segala-galanya menjadi rumit dalam satu hal iaitu apabila anak saya Jesse, disahkan mengalami ketumbuhan di lehernya.
Sewaktu Anak Sakit
Saya membawanya kepada setiap pakar yang mashyur, tetapi mereka semua mengatakan bahawa jika mereka melakukan pembedahan, mereka tidak dapat menjaminkan bahagian kanan tubuhnya masih dapat berfungsi. Saya bersedia untuk membelanjakan semua wang yang saya ada untuk merawat anak saya tetapi tidak ada gunanya. Isteri saya Sujatha pergi ke pelbagai kuil tetapi mereka semua katakan, "jika anak kamu dibedah, dia akan mati." Kami mencuba semua sumber tetapi semuanya tidak memberi harapan pada kami. Satu-satunya cara yang masih ada ialah untuk datang berlutut dan berdoa kepada Tuhan yang hidup. Kami menghantar permohonan doa kepada setiap gereja yang kami kenal dan semua orang mula berdoa untuk anak saya dan akhirnya pembedahan itu berjaya.
Setelah Anak Disembuhkan
Pada hari ini anak saya tidak ada satu pun kesan ketumbuhan padanya. Dari situ saya perlahan-lahan mula membaca Alkitab, dan setiap perkataannya saya merasa begitu berkuasa dan benar sehingga saya membacanya berulangkali. Setiap perkataan dari Alkitab sepertinya berbicara kepada saya. Secara perlahan-lahan saya mula memeriksa diri menurut Alkitab dan meminta Tuhan untuk menolong saya mengubah gaya hidup saya. Tuhan menunjukkan rahmat-Nya kepada saya dan hari ini saya sudah meninggalkan tabiat peminum saya. Dulunya saya mempunyai ruangan bar di rumah, tetapi pada hari ini saya menjalankan kebaktian doa dua kali seminggu di tempat yang sama.
Saya ingin berterima kasih atas kebaikan Tuhan dalam kehidupan kami. Kami memiliki damai yang sempurna dalam keluarga. Semua yang saya ingin katakan kepada semua orang ialah damai yang kamu perolehi di dalam Yesus, tidak akan kamu dapati dalam apapun di dunia - Alamilah Yesus!"
Pada hari ini, Johnny berusaha menjangkau setiap peribadi dengan Injil menerusi bakat yang dimilikinya.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel eBachan bertajuk, "Try Jesus - Johnny Lever")