Aktor Lukman Sardi |
KUALA LUMPUR 21 Jun – Pelakon popular Indonesia, Lukman
Sardi (gambar) menggemparkan negara itu apabila mengumumkan keputusannya keluar
daripada Islam dan memeluk agama Kristian.
Pengakuan anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham
Idris Sardi itu dapat ditonton dalam rakaman yang dimuat naik dalam saluran
media sosial popular, YouTube.
Menurut Lukman, 43, keputusannya berpindah agama bukanlah
disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak atau kerana kecantikan
isterinya, Pricillia Pullunggono.
Dalam pengakuan itu juga, Lukman memberitahu, Allahyarham
bapanya sedia maklum dengan hasratnya untuk berpindah agama semasa beliau masih
hidup.
Kata Lukman, bapanya turut merasa kecewa sebaik mendengar
berita itu.
“Waktu saya pindah (agama), ayah saya orang yang paling
kecewa. Kerana dia dari orang Muslim taat. Tapi saya punya prinsip bahawa ini
yang saya pilih. sampai akhirnya beliau bilang, ‘ya sudah, tetapi kamu harus
bertanggungjawab dengan pilihan kamu’,” kata Lukman lagi.
Allahyarham Idris meninggal dunia pada 28 April tahun lalu
ketika berusia 76 tahun.
Lukman sering melakonkan watak seorang Islam yang baik
khususnya dalam filem Sang Pencerah dengan memegang karakter seorang kiai.
Antara filem lain lakonan Lukman ialah Soekarno, Merah
Putih, Laskar Pelangi dan Negeri Tanpa Telinga.
Pelakon itu bernikah dengan Pricillia Pullunggono yang
menganut agama Kristian pada 2009.
(Diambil daripada artikel Utusan Online bertajuk, "Aktor Lukman Sardi Umum Murtad" bertarikh 22 Jun 2015)
--------------------------------
Video: Kesaksian Lukman Sardi di GBI Ecclesia