Dinding kaca di bangunan BSN Ranau pecah akibat gempa bumi ukuran 6.0 di skala Richter |
Penduduk-penduduk Sabah dikejutkan awal pagi tadi oleh gempa bumi yang telah dirasakan di seluruh Sabah. Berikut ialah laporan The Malaysian Insider mengenai kejadian itu dan beberapa gambar yang telah disebarkan melalui media sosial:
Gempa bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter
dilaporkan berlaku berhampiran Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira jam 7.15 pagi
tadi.
Gempa bumi dengan kedalaman 10km itu berpusat 14km di utara Ranau |
Laporan awal Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa
bumi itu berukuran 5.9 skala Richter 16km barat daya Ranau pada 7.17 pagi.
Selain Kota Kinabalu, gegaran turut dirasakan di bahagian
utara daerah Kudat dan Kota Marudu, malah di daerah sejauh Beaufort di barat Sabah.
Gegaran yang melanda menyebabkan beberapa bangunan rosak dan
tingkap pecah menyebabkan orang ramai berlari keluar dari rumah dan kedai.
Keadaan sama berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu.
Polis Ranau turut mengesahkan kerosakan berlaku di saluran
paip air di ibu pejabat polis dan tingkap pecah di beberapa premis perniagaan
akibat gegaran gempa bumi itu.
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional melaporkan tiada
gegaran susulan setakat sehingga jam 9.30 pagi tadi.
Bernama turut melaporkan penduduk berkata gegaran gempa bumi
di Ranau turut dirasai di sekitar Tenom tetapi aktiviti harian berjalan seperti
biasa.
Menurut Taman Negara Sabah, semua aktiviti mendaki Gunung
Kinabalu dibatalkan atas faktor keselamatan.
Keretakan di tiang bangunan |
Keretakan di dinding rumah |
Keretakan lantai di sebuah rumah |
Rekahan di lantai dan dinding rumah En. Joimin Molidin di Kampung Kiau Toburi, Kota Belud |
Salah satu rumah di Ranau |
Di Gunung Kinabalu
Earthquake Epicentre (pusat gempa bumi bawah tanah) di kaki
Gunung Kinabalu - klik di gambar untuk imej lebih besar
|
Rajah menunjukkan pusat gempa bumi di Sabah pada 5 Jun 2015 |
Tanah runtuh pada jalan pendakian Gunung Kinabalu |
Tanah runtuh pada jalan pendakian Gunung Kinabalu |
Donkey's Ears di Gunung Kinabalu terpatah sebahagian selepas gempa bumi |
Pendaki-pendaki terkandas di Gunung Kinabalu dalam keadaan kabus tebal |
Mountain Guide (Malim) Gunung Kinabalu menyelamatkan
seorang pendaki yang tercedera di Gunung Kinabalu
|
Malim Gunung Kinabalu menyelamatkan pendaki yang tercedera di atas Gunung Kinabalu |
Update 7 Jun 2015: Seramai 136 orang termasuk 32 orang malim gunung (mountain guides) dipercayai terkandas di dataran di bahagian pucncak Gunung Kinabalu setelah gempa bumi berlaku pada 7.15 pagi 5 Jun 2015. Tindakan malim-malim gunung yang berani dan bersungguh-sungguh berjaya memimpin ramai pendaki-pendaki tersebut sampai ke kaki gunung. Namun begitu mengikut laporan The Star, 18 orang termasuk 2 malim gunung dan 2 kakitangan di gunung Kinabalu telah terkorban dalam nahas gempa bumi itu.