Lizzie Velasquez pernah digelar "wanita terhodoh di dunia" |
PETALING JAYA: Mereka menggelarnya hodoh tetapi dia menunjukkan kepada mereka bahawa dia seorang wanita yang berani di hati.
Pada tahun 2006, apabila Lizzie Velasquez masih dalam usia remaja, dia menemukan satu video mengenai dirinya di YouTube, yang menggelarnya "wanita terhodoh dunia".
Lizzie Velasquez kini menjadi pembicara yang menentang gejala buli di alam siber |
Komen-komen di YouTube menghina perawakan wajahnya, menjadikan remaja Amerika itu mangsa buli alam siber.
"Saya tidak tahu kenapa saya klik link itu, tetapi saya klik, dan betul-betul tidak dapat tahan. Memanggil saya mahkluk yang mengerikan, atau menanya kenapa ibu bapa saya tidak menggugurkan saya. Bagaimana saya nak mengampuni mereka yang memberitahu saya untuk membunuh diri?" dia bertanya dalam satu filem rencana baru bernama The Brave Heart yang telah dikeluarkan pada bulan Mac.
Velaquez telah dilahirkan dengan satu keadaan yang sangat jarang ditemui yang tidak mengizinkan tubuhnya untuk menyimpan lemak. Dia memiliki sifar peratus lemak dan tidak pernah melebihi berat 29kg.
Itu telah mendorong Velasquez untuk melakukan sesuatu yang berbeza.
Dari "wanita terhodoh di dunia", Velaquez kini 26 tahun, adalah inspirasi global, seorang pendukung yang tegas menentang gejala membuli.
Dia akan berucap di National Achievers' Congress 2015 yang akan diadakan dari 10 Julai ke 12 Julai di Mines International Exhibition and Convention Centre di Selangor.
Mereka yang berminat boleh melawat laman www.nacmalaysia.com untuk maklumat mengenai tiket.
Velasquez telah menjadi inspirasi kepada ramai orang, termasuk pelukis Malaysia, Chong Chee Kong, 22 tahun, yang telah melukis potret Velaquez semasa satu pertemuan gereja di Petaling Jaya pada 2013.
Velasquez pertama kali naik pentas di kota asalnya di Austin, Texas, untuk memberi ucapan yang telah mendapat lebih daripada 9 juta kunjungan di internet sejak waktu itu.
"Saya tidak pasti apa yang berkenaan ucapan itu atau apa yang saya telah katakan di situ, tetapi ianya telah mengubah segalanya, dan saya tahu ini adalah tujuan hidup saya. Dan itulah yang saya mahu lakukan sepanjang hidup saya.
"Yang saya tahu ialah, saya telah jatuh dan bangkit kembali. Saya tidak akan pergi sehinggalah mereka mendengar," kata Velasquez pada penghujung filem rencananya.
Baca juga: Lizzie Velasquez Yang Pernah Digelar "Wanita Terhodoh Di Dunia" Tahu Tuhan Melihat Kecantikannya yang Sebenar
(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Velasquez Stands Pretty Amid Ugly World Of Cyberbullying" bertarikh 6 Julai 2015)
Mereka yang berminat boleh melawat laman www.nacmalaysia.com untuk maklumat mengenai tiket.
Model inspirasi: Chong melukis potret Velasquez |