Sabtu, 1 Ogos 2015

Kesaksian Ari Wibowo: "Kenapa Saya Tidak Membintangi Filem Laga Lagi?"

Artis Indonesia, Ari Wibowo

Kesaksian artis Ari Wibowo. Anda ingin tahu jawabannya, kenapa dia sudah tidak lagi bermain filem laga dan pernah sebagai pengguna dadah. Bagaimana dia dapat meninggalkan kehidupan dia yang lama dan memulai melangkah dalam hidupnya yang baru. Baca kesaksian di bawah ini...?

BIOGRAFI ARI WIBOWO

Lahir di Berlin, Jerman, 26 Disember 1970, adalah aktor yang memulakan kariernya sebagai peragawan dan model foto yang beragama Kristian. Adik Ira Wibowo dan paman dari Richard Kevin ini juga pernah bergabung dengan kelompok vokal Cool Colours yang anggotanya terdiri dari Ari Sihasale, Surya Saputra, dan Johandy Yahya, sekaligus menggantikan tempat Teuku Ryan dalam kumpulan tersebut. Dia sempat menyandang sabuk merah taekwondo yang membawanya untuk membintangi sinetron laga seperti Deru Debu dan Jacky.

AWAL KARIR

Perkenalan pertama Ari dengan dunia hiburan adalah pada usia 17 tahun saat ditawari untuk memperagakan karya perancang dunia tersohor dari Perancis, Pierre Cardin, di Hotel Hilton Jakarta. Setelah itu, berbagai tawaran untuk penggambaran mengalir deras. Ari laris jadi peragawan, model foto, dan bintang iklan majalah. Tak lama kemudian datang tawaran untuk membintangi sebuah filem layar lebar.

KELUARGA

Anak bungsu dengan dua lagi adik-beradik Wibowo Wirjodiprojo dan Sibylle Ollmann ini lahir di Jerman dan baru tinggal di Indonesia sejak umur 10 tahun. Ari menikah dengan Inge Anugrah pada tanggal 7 Julai 2006 di hotel Four Season Jakarta. Dari perkahwinan tersebut, keduanya dianugerahkan 2 orang anak, Kenzo Wibowo dan Marco Wibowo. Sumber: dari Wikipedia

LANGKAH-LANGKAH PERTAUBATAN ARI WIBOWO

Dari semua yang saya telah dapatkan dari dunia hiburan, kenapa saya mahu meninggalkan dunia filem laga, Di bawah ini adalah alasannya kenapa saya mahu melakukan hal ini.
Penjelasan:

1) Mengakui, saya adalah orang berdosa, ketika saya mulai dari pengakuan tersebut itulah saya menerima Tuhan dalam hidup saya.

2) Mulai membaca Firman Tuhan, kerana saya ditegur Tuhan dengan Amsal 1:7, dari ayat ini Tuhan berkata bahwa saya adalah orang yang bodoh, kerana sudah pergi ke Gereja dengar Firman Tuhan keluar dari Gereja berbuat dosa lagi. Teguran tersebut membawa saya mulai membaca Firman Tuhan setiap pagi.

3) Berhenti minum minuman keras.

4) Berhenti mengambil dadah, yang dulu cuba-cuba ambil. 

5) Berani meninggalkan teman-teman yang tidak mendukung iman saya.

6) Berhenti bermain sinetron laga, kerana ada ayat Firman Tuhan berkata: "Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapa pun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu." Dari situ saya sedar, ketika saya bermain filem laga bererti mempromosikan kekerasan kepada orang ramai, hal tersebut adalah salah buat Tuhan. Maka saya berhenti berlakon filem laga.

7) Saya mulai melayani di Gereja dan menjadi saksi di mana-mana.

Semua itu dimulai dari satu langkah dan ketika saya melihat ke belakang saya berkata wau, itu semua kerana Tuhan, sampai saya telah melangkah sejauh itu. Yesus telah mati buat saya dan saudara untuk dosa-dosa kita semua. Mulailah hidup seperti yang diajarkan Tuhan buat kita. Jadilah pelaku Firman di manapun kita berada. Amin.

TIDAK ADA ALASAN KALAU KITA MAHU BERUBAH

Kita doakan, semoga Tuhan semakin memberkati Ari Wibowo untuk dipakai sebagai saksi, dalam nama Tuhan Yesus kita doakan, Amin.