Sabtu, 26 September 2015

Tracy Trinita, Supermodel Indonesia Masuk Kristian Jadi Pastor

Tracy Trinita sebagai seorang model (Gambar dari laman Facebooknya)

Bekas supermodel Tracy Trinita masuk Kristian, meninggalkan industri itu untuk belajar di Oxford dan menjadi seorang pastor. Dia kini menjelajah dunia untuk menyebarkan Injil. 

Berasal dari sebuah kampung kecil di Bali, kehidupan Trinita berubah apabila dia memenangi sebuah pertandingan model dan berpindah ke New York untuk mengejar kerjaya dalam industri itu ketika berumur hanya 15 tahun. Pada mulanya dia tertarik oleh kemewahan dan glamour yang dijanjikan kerjaya model. 

"Saya fikir bahawa jika saya memiliki lebih banyak wang, saya akan lebih bahagia, jadi saya memburu kerjaya model untuk mencari kebahagiaan dan meninggalkan kawan-kawan dan keluarga untuk pergi ke New York," dia memberitahu Christian Today.

Trinita menjadi supermodel pertama Indonesia, namun begitu meskipun kejayaan duniawinya, memiliki kawan-kawan dan seorang teman lelaki, dia berkata dia tidak dapat melenyapkan rasa kekosongan. Dia mencari kawan-kawannya untuk nasihat, tetapi cadangan mereka agar mengambil dadah dan berparti "menakutkannya", jadi dia mula mencari jalan yang lain. 

Sambil memperhatikan bahawa orang-orang yang beriman kelihatan lebih bahagia dan lebih kepuasan diri, dia membuat keputusan untuk meneroka idea mengenai kewujudan Tuhan. Tetapi kerana dia telah membesar dalam suasana pelbagai iman - dengan seorang Katolik, seorang Protestan dan seorang Muslim dalam keluarganya - dia merasa keliru mengenai Tuhan yang mana benar. 

Tracy Trinita pernah menjadi supermodel,
kini menjadi pastor dan penginjil
(Foto KapanLagi)
Dalam kekeliruan di tengah banyak pendapat, dia berseru kepada Tuhan sebagai langkah terakhir dengan mengatakan, "tolong nyatakan Diri-Mu kepada saya."

Segala-galanya berubah apabila dia diminta oleh ejennya untuk pergi ke Paris dari New York untuk satu tugasan model. Apabila dia sampai ke bandaraya itu, dia bertemu seorang perempuan yang mengundangnya ke gereja. 

Trinita mengikuti kebaktian itu di mana menurutnya, "Tuhan telah menjambatani hati dan fikiran dan benar-benar menghiburkan hati saya; saya merasakan kasih yang tidak pernah saya alami."

Dia sangat diyakini oleh realiti pertemuannya dengan Tuhan. "Jika Yesus itu tidak benar nyata, bagaimanakah saya dapat rasa begitu sangat dikasihi? Saya tahu apa itu kebahagiaan yang palsu - dunia kerjaya model bergantung pada itu - dan kebahagiaan ini berbeza. Ini adalah di luar penguasaan saya dan Tuhan mengubah saya."

Trinita merasa terpanggil untuk menjadi terang dalam dunia model yang kadang-kala gelap, dan untuk menyatakan Yesus kepada gadis-gadis lain dalam industri itu. "Saya menfokus memberikan yang terbaik dalam pekerjaan saya, tetapi untuk kali pertamanya saya menyedari bahawa model-model yang lain bukanlah musuh ataupun ancaman, tetapi insan yang seperti saya melakukan tugasan mereka," katanya.

Model-model lain merasa hairan, dan kadangkala mempersendakan keputusan-keputusannya untuk tidak untuk tidak melakukan penggambaran-penggambaran tertentu berdasarkan imannya. Namun begitu Trinita berkata, "Apa yang mereka persendakan saya, itulah hal-hal yang mereka tertarik dengan dan banyak menyoal saya; mereka rasa hairan dengan iman saya dan bagaimana saya berbeza."

Dia berkongsi dengan Christian Today satu contoh pertemuan seperti itu. "Saya tinggal di New York, sudah Ahad malam, dan saya baru saja pulang dari gereja. Rakan-rakan kongsi apartmen saya baru kembali dari sebuah parti yang besar. Mereka bertanya ke manakah saya telah pergi, dan saya begitu teruja dengan khutbah yang saya baru dengar, saya memberitahu mereka segala mengenainya. Salah seorang daripada gadis-gadis itu teruja mendengarkan mesej Yesus itu, sehingga mengikuti saya ke gereja pada minggu berikutnya dan menjadi orang percaya."

Tracy Trinita
"Kamu tak perlu pintar, tetapi percayalah pada Tuhan dan biarlah Roh Kudus memimpin kamu, Ianya dalam kuasa Kristus, bukan diri kita, bahawa orang-orang akan mempertemukan Tuhan sebab Dialah yang memanggil orang," tambahnya.

"Saya fikir Tuhan mengizinkan saya mendapat pengalaman pertama saya dalam penginjilan tanpa saya menyedari yang saya sedang menginjil."

Selepas kejadian itu, Trinita menyedari bahawa segala yang dia ingin lakukan ialah "berkongsi kesaksian saya dan Injil." Dia mengikuti kursus apologetika dan teologia Kristian di Universiti Oxford selama tiga tahun sebelum kembali ke Indonesia untuk menjadi pastor selama empat tahun.

Kini dia menjelajah Asia, dan dunia, bekerja untuk Ravi Zacharias dan menyampaikan Injil.

Walaupun dia sudah meninggalkan dunia fesyen, dia masih melihat harapan di dalamnya. Daya kreatif yang ditunjukkan oleh para pereka mencerminkan Allah Pencipta, katanya, dan mesti ditebus kembali untuk membawa kemuliaan kepada-Nya.

Tracy Trinita akan menyertai para saintis, para peguam, ahli-ahli teologia dan ahli-ahli falsafah untuk meneroka isu-isu etika, iman, seksualiti, sains dan penderitaan dengan para remaja di Emmanuel Centre, Westminster pada Sabtu 26 September.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today, "Former Supermodel Converts To Christianity And Becomes A Pastor" penulisan Florence Taylor bertarikh 25 September 2015)