Selasa, 22 Disember 2015

5 Tahun Penjara Jika Muslim Brunei Sambut Krismas

(Foto Free Malaysia Today)

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei telah mengisytiharkan bahawa siapa pun yang merayakan Natal boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, menurut laporan, sebagaimana disiar oleh The Telegraph.

Brunei yang merupakan sebuah negara Muslim di pulau Borneo itu menyatakan bahawa hukuman juga akan berlaku bagi siapa pun yang ditemukan mengirim ucapan selamat natal – atau memakai topi Santa.

Bagaimana pun orang bukan Islam diperbolehkan untuk merayakan Natal atau Krismas tetapi mereka harus melakukannya hanya dalam komuniti mereka.

Kementerian Agama Brunei mengatakan dalam sebuah pernyataan: “Langkah-langkah penegakan aturan ini dimaksudkan untuk mengontrol tindakan merayakan Natal secara berlebihan dan terbuka, yang boleh merosak akidah (keyakinan) komuniti Muslim.”

Dalam peringatan kepada ummat Islam awal bulan ini, para imam memperingatkan bahawa perayaan apapun yang sama sekali tidak ada berhubungannya dengan Islam dapat menyebabkan tasyabbuh (peniruan) dan tanpa sedar merosak akidah ummat Islam.

“Selama perayaan Natal, umat Islam mengikuti perbuatan yang dilakukan penganut agama tersebut – seperti menggunakan simbol-simbol agama mereka seperti salib, menyalakan lilin, membuat pohon Natal dan menyanyikan lagu-lagu keagamaan, mengirimkan ucapan selamat Natal, menggunakan tanda-tanda yang memuliakan agama tersebut, memasang dekorasi atau bunyi-bunyian, dan melakukan apa-apa yang bermaksud untuk memuji agama mereka – hal itu bertentangan dengan agama Islam,” kata para imam, menurut Borneo Bulletin.

“Beberapa orang mungkin berfikir bahwa itu adalah masalah remeh dan tidak boleh dibawa sebagai sebuah masalah. Tapi sebagai Muslim dan sebagai Negara Zikir, kita harus menghindarinya (mengikuti perayaan agama lain) kerana boleh mempengaruhi keyakinan Islam kita.”

Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah telah menerapkan hukum atau Syariah Islam, yang di dalamnya termasuk ancaman hukum rejam bagi para pelaku zina.

(Diambil daripada artikel Malaysian Review bertajuk, "5 Tahun Penjara Jika Muslim Brunei Sambut Krismas" penulisan Ana Ghoib bertarikh 22 Disember 2015)