Isnin, 30 Mei 2016

Alkitab Versi Borneo (AVB) dan Jenis-Jenis Terjemahan Alkitab


Alkitab Bahasa Malaysia yang baru iaitu Alkitab Versi Borneo (AVB) telah diterbitkan baru-baru ini. Apakah Alkitab Versi Borneo itu dan apakah persamaan dan perbezaannya dengan terjemahan-terjemahan yang sebelumnya?

Sewaktu pelancaran AVB baru-baru ini, Rev Datuk Jerry Dusing, pengerusi Literature And Bible Network (LAB) yang telah menerbitkan Alkitab itu, telah menyebut mengenai dua jenis terjemahan Alkitab. Saya membuat sedikit penyelidikan di internet, dan mendapat maklumat tambahan mengenai dua jenis terjemahan utama yang digunakan untuk menterjemah Alkitab dari bahasa asal kepada bahasa tempatan.

A. Terjemahan Formal (Word-For-Word / Kata-Untuk-Kata)

Terjemahan formal juga sering dikenali sebagai terjemahan harfiah.

Ciri utama terjemahan ini ialah terjemahan kata-untuk-kata Alkitab untuk mewakili teks bahasa asal dengan cara kata untuk kata, termasuklah kepada susunan kata-kata dalam sesuatu ayat dan juga tatabahasanya.

Alkitab Versi Borneo
Kelebihan Alkitab Terjemahan Kata-Untuk-Kata

Terjemahan seperti ini paling tepat menterjemah kata-kata sebenar daripada teks asal Alkitab.

Terjemahan seperti ini bagus untuk pengkajian Alkitab dan boleh memberi manfaat pada masa anda meneliti Firman.

Contoh-contoh Alkitab terjemahan formal:

Alkitab Terjemahan Baru (Indonesia)
Alkitab Versi Borneo (Malaysia)


B. Terjemahan Dinamik (Thought-For Thought / Maksud-Untuk-Maksud)

Terjemahan dinamik juga dikenali sebagai terjemahan functional (fungsian).

Ciri utama jenis penterjemahan Alkitab ini adalah untuk menterjemahkan maksud setiap frasa atau ayat bahasa teks asal. Secara asasnya untuk membawa maksud bahasa asal ke dalam konteks modern.

Alkitab Berita Baik
Kelebihan Alkitab Terjemahan Maksud-Untuk-Maksud

Terjemahan seperti ini adalah mudah untuk difahami tanpa menyimpang daripada maksud yang ingin disampaikan oleh teks asal.

Terjemahan seperti ini bagus untuk pembacaan dan pemahaman oleh pembaca-pembaca modern.

Contoh-contoh Alkitab terjemahan dinamik:

Alkitab Bahasa Indonesia Sehari-hari (Indonesia)
Alkitab Berita Baik (Malaysia)


Saya difahamkan bahawa Alkitab Versi Borneo yang baru diterbitkan menggunakan jenis penterjemahan yang formal, namun pada masa yang sama berusaha menggunakan gaya bahasa yang indah dan mudah difahami.

(Sumber rujukan: Artikel "Understanding And Choosing A Bible Translation" dari Laman Rebekah R. Jones)