Selasa, 24 Mei 2016

Buku "Mengenal Yesus Dari Nazaret" Telah Diterbitkan!


Siapakah Yesus dari Nazaret? 

Dapatkanlah buku terbaru Pastor Peter De Run, "Mengenal Yesus Dari Nazaret" untuk jawapannya!

Berikut ialah sipnosis di kulit belakang buku ini:

Buku panduan Alkitab ini sesuai untuk kajian berkelompok atau secara persendirian. Alami kebenaran fakta-fakta benar tentang Yesus dari Nazaret dengan jelas dan dapatkan inspirasi baru untuk hidup. Belajar mengkaji dan mengamalkan kebenaran-kebenaran dalam Alkitab tentang Yesus yang disampaikan melalui tujuh sesi yang akan mengubah pandangan anda tentang peribadi unik dari Nazaret, Israel.

  • Tujuh sesi kajian Alkitab yang akan memperkenalkan 6 hal mengejutkan mengenai Yesus.
  • Dalam format yang sesuai untuk diskusi berkelompok mahupun kajian peribadi.
  • Banyak rujukan Alkitab, penerangan ringkas dan soalan aplikasi praktikal.

Dalam buku ini, anda akan diperkenalkan kepada enam hal utama yang mengejutkan tentang Yesus termasuk kemanusiaannya, mukjizat-mukjizatnya yang bertujuan dan apa yang dia berjaya lakukan melalui kematian dan kebangkitannya. Bersedia untuk dicabar dengan maklumat baru dan benar. Bersedia untuk menjawab soalan yang ditanyanya lebih dua ribu tahun lalu: Menurut anda. siapakah saya?

Buku ini telah ditulis oleh Pastor Peter De Run yang telah menjadi pastor ketika berumur 19 tahun. Beliau telah menggembala di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Singapura untuk lebih 30 tahun, dan kini menjadi pastor Summer City Church, di Kota Samarahan, Sarawak. Beliau mempunyai Diploma dalam Penjagaan Pastoral, Ijazah Sarjana Muda dalam Teologi dan Sarjana Pendidikan Agama. 

Dapatkan buku ini pada harga RM8.00 senaskah dari Pelayanan Petros hari ini!