Brianna Rollins memenangi pingat emas dengan masa 12.48
saat, sementara rakan-rakan sepasukan Nia Ali (12.59) dan Kristi Castlin
(12.61) mendapat perak dan gangsa masing-masing. Itu adalah acara Olimpik yang
pertama sejak 1972 di mana sebuah negara telah menyapu bersih sesuatu acara.
Rollins yang sering menggunakan media sosialnya untuk
menyatakan iman Kristiannya, langsung memberi pujian kepada Tuhan semasa satu
temuramah selepas perlumbaan dengan NBC yang melibatkan ketiga-tiga pemenang
pingat.
“Saya hanya mengutamakan Tuhan dan terus mengizinkan-Nya
memimpin saya melalui semua pusingan,” katanya. “Kami mengadakan doa dalam
bulatan pagi tadi dan mengizinkan kehadiran-Nya datang atas kami.”
Mereka berdoa, katanya, agar Tuhan akan “menolong kami untuk
keluar ke sini dan seterusnya memuliakan-Nya
dan melakukan yang terbaik yang kami dapat dan itulah yang kami lakukan.”
“Saya sangat teruja; kami diberkati,” katanya. “Saya
bersyukur kepada Tuhan.”
Peminat-peminat Rollins di media social kemungkinan tidak
hairan apabila dia menyebut mengenai imannya. Foto profailnya di Twitter
memuatkan satu kutipan kata daripadanya: “Saya ingin pecah rekod dunia dan
memenangi pingat-pingat emas, tetapi saya juga ingin dikenali sebagai atlet
yang memuliakan Tuhan dengan mencapai potensi saya yang sepenuhnya”
Berasal dari Florida dan berlumba lari di Universiti
Clemson, Rollins cenderung memuatkan ayat-ayat Alkitab di media sosial. Pada 9
Mei dia telah menghantar mesej tweet: “Kerana kita ini buatan Allah, diciptakan
dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik yang dipersiapkan Allah
sebelumnya” – dari Efesus 2:10. Pada hari Kebangkitan Yesus, dia menulis, “Saya
bebas sebab Engkau hidup. Terima kasih Yesus! #SelamatHariKebangkitan.”
Biografi Rollins di Twitter berbunyi: “Memuliakan Tuhan
melalui bakat yang telah dikurniakan-Nya kepada saya! Pelompat Pagar
Professional… Allah itu Kasih.”
(Diterjemah daripada artikel Christian Examiner bertajuk,
“Gold Medalist Brianna Rollins: I Want To Be Known As ‘The Athlete WhoGlorified God’” yang ditulis oleh Michael Foust bertarikh 17 Ogos 2016)