Renungan...
Hari Isnin petang saya makan di satu restoran di Tambunan.. makanannya sedap sekali... dan mengenyangkan lalu saya pulang ke rumah untuk tidur... tetapi setelah bangun pagi pada hari Selasa terasa lapar lagi lalu saya bangun pergi masak apa yang ada di dapur lalu menikmati masakan saya... semasa makan... saya dapati bahawa masakan di restoran di Tambunan yang saya makan adalah makanan yang sama dengan apa yang saya makan di rumah saya... kedua-duanya ada garam, minyak, nasi, sayur dan lain-lain mengenyangkan... sehingga saya sentiasa ada kekuatan secara jasmani....
Pelajaran Rohani yang saya nikmati dari pengalaman ini... pertama... maksud makan di restoran adalah... kadangkala kekuatan rohani saya adalah makan firman Tuhan dengan menghadiri mana-mana kebaktian di gereja-gereja termasuk di gereja sendiri yang dikhutbahkan hamba Tuhan yang melayani sehingga saya diberkati dan rohani saya disegarkan dan bertenaga... tetapi pada kenyataannya bahawa saya tidak berada di gereja setiap hari untuk mendengar khutbah untuk membuatkan rohani saya bertenaga setiap hari.
Kedua... masak di dapur rumah sendiri maksudnya begini... untuk membuatkan rohani saya bertenaga selama 6 hari... saya harus secara peribadi membaca firman Tuhan setiap hari (Alkitab) untuk makanan roh saya supaya ada tenaga menjalani kehidupan rohani untuk menang menghadapi setiap panah si jahat yg mengaum-ngaum seperti singa yang mencari mangsanya.
TQ Tuhan Yesus 🙏
(Dihantar oleh seorang kawan melalui WhatsApp semalam)