Khamis, 22 Jun 2017

Kini Dengan Nama Domain Baru "domba2domba.com"


Puji Tuhan! Seorang kawan telah membantu mendaftarkan nama domain baru "domba2domba.com" untuk blog ini! 

Dengan itu, para pembaca kini dapat mengakses blog ini dengan url baru "domba2domba.com". Pembaca masih boleh mengakses melalui url asal "domba2domba.blogspot.com". 

Kisahnya seperti ini... saya telah bertemu dengan seorang kawan di satu acara gereja baru-baru ini. Dia menggalakkan saya mendapatkan nama domain baru untuk blog ini. 

Saya masih memikirkah hal itu, tapi tiba-tiba hari ini dia menghantar mesej bahawa dia telah pun mendaftarkan nama domain "domba2domba.com" untuk saya. 



Blog ini masih dihos oleh Blogger, tapi ketika anda menaip "domba2domba.com", ianya akan langsung membawa anda ke halaman blog. 

Dengan ini, para pembaca akan lebih mudah mengingati dan mengakses blog ini. Terima kasih Tuhan dan terima kasih kawanku!

Apa pendapat anda nama domain baru ini? Klik "Like" jika anda sukakannya!