Selasa, 3 Oktober 2017

Kisah Rama-Rama Dan Sayapnya


Sebuah keluarga membawa pulang dua kepompong yang hampir sudah menetas. Mereka memerhatikan sambil kepompong pertama mula terbuka dan rama-rama di dalamnya menggeliat dengan perlahan dan sakit melalui satu lubang kecil yang telah digigitnya pada hujung kepompong. Setelah berbaring kelesuan lebih kurang sepuluh minit selepas kemunculannya yang perit, rama-rama itu akhirnya terbang keluar melalui jendela yang terbuka dengan sayap barunya yang cantik. 

Keluarga itu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama yang kedua agar ianya tidak perlu melalui pengalaman yang perit itu. Oleh itu, sambil ianya mulai muncul, mereka dengan cermat menghiris buka kepompong itu dengan mata pisau cukur, seperti melakukan pembedahan Caesarean. Rama-rama kedua tidak membuka sayapnya, dan dalam sepuluh minit, ianya bukan saja tidak terbang, tetapi ianya langsung mati. 

Keluarga itu menanya seorang kawan yang adalah pakar biologi untuk menjelaskan apa yang telah berlaku. Ahli sains itu berkata bahawa pergelutan perit untuk keluar daripada lubang kecil itu sebenarnya menolak keluar cairan daripada ruangan dalaman rama-rama ke dalam liang-liang di sayap di mana ianya akan mengeras untuk menjadikan rama-rama yang dewasa dan sihat. Pelajarannya untuk kita? TANPA ADANYA PERGELUTAN, TIDAK ADA SAYAP. 

(Diterjemah daripada catitan Facebook Kokkee Ng bertarikh 25 Ogos 2017)