G. Sri Ram, pengarah Harapan Komuniti setelah memberi keterangan pada hari kedua siasatan awam Suhakam |
PASTOR Raymond Koh merupakan orang yang disasarkan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia diberitahu hari ini pada siasatan awam berhubung
kehilangannya.
Pengarah Harapan Komuniti G. Sri Ram memberitahu inkuiri itu
bahawa Koh tertekan selepas insiden yang berlaku di Gereja Metodis Damansara
Utama (DUMC) di mana beliau menganjurkan makan malam yang turut menjemput
tetamu beragama Islam pada 2011.
"Koh berkata selepas insiden DUMC, dia tertekan. Saya
katakan padanya bahawa dia adalah orang yang disasarkan," katanya.
Sri Ram merupakan saksi ketiga yang dipanggil siasatan awam
itu untuk mengenal pasti sekiranya kes ini adalah kehilangan paksa, yang
menerangkan penculikan membabitkan pihak berkuasa.
Beliau mengenali Koh sejak 1977 ketika memberi ceramah di
Sekolah Lelaki Bukit Bintang di Petaling Jaya.
Sri Ram berkata, sejak itu beliau menyertai gereja pada 1999
dan pada 2014 beliau menjadi pengarah di pusat Harapan Komuniti yang ditubuhkan
oleh Koh.
Siasatan awam itu dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Suhakam
Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Nik Saleh dan diadakan di ibu
pejabat suruhanjaya itu di Menara TH di Jalan Sultan Ismail, Kuala
Lumpur.
Mah kemudiannya bertanya kepada Sri Ram sama ada terdapat
ancaman terhadap Koh.
Sri Ram berkata Koh sudah mengakui kepadanya bahawa beliau
menerima beberapa panggilan yang tidak dikenali.
"Koh berkata dia menerima panggilan telefon sejak 2011
hingga 2012. Katanya, mereka akan membuat panggilan dan kemudian
memutuskannya," katanya.
Terdahulu dalam pendengaran siasatan awam itu dari isteri
Koh, Susanna Liew bahawa polis berulang kali bertanya soalan sama ada Koh
pernah melakukan aktiviti penukaran agama.
"Satu soalan yang ditanya kepada saya berulang kali
sama ada Koh terlibat dengan aktiviti penukaran agama."
Pegawai Suhakam kemudiannnya menyoal Liew sekiranya Koh
pernah diganggu sebelum penculikan.
Liew berkata hanya sau kejadian berlaku ketika Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais) menyerbu DUMC.
"Kira-kira 50 pegawai Jais dan polis menyerbu acara
itu. Mereka menyerbu masuk tanpa kebenaran.
"Selepas insiden itu, Raymond menerima sepucuk
surat yang mengandungi dua butir peluru."
Hari ini merupakan hari kedua siasatan awam Suhakam
berhubung kehilangan Koh dan tiga yang lain, Joshua Hilmy dan isterinya Ruth,
dan Amri Che Mat.
Lebih 15 individu disepina untuk hadir pada inkuiri dan
setakat ini suruhanjaya itu sudah menemubual 35 orang, termasuk ahli keluarga
empat yang hilang, polis dab pihak berkaitan. Antara mereka yang disepina
adalah bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar. – 20 Oktober, 2017.
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Pastor Koh Adalah Orang Yang Disasar, Inkuiri Diberitahu" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 20 Oktober 2017)
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Pastor Koh Adalah Orang Yang Disasar, Inkuiri Diberitahu" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 20 Oktober 2017)