Rabu, 25 Oktober 2017

Tuhan Mengubah Hidup Seorang Remaja Di Jalan Mati Menjadi Pemain Bolasepak Handalan


BUDAPEST - Ini adalah kisah kehidupan remaja yang disia-siakan dan kehidupan di jalan mati yang dengan tiba-tiba ditransformasikan oleh kuasa Tuhan. Ianya mengenai seorang remaja yang hanya punya satu impian untuk menjadi ketua mafia pada suatu hari, tetapi yang Tuhan telah membawa ke dalam hidup baru dalam Kristus dan kegemilangan dalam sukan.

Potensi Yang Terbazir

Ada satu pepatah yang menyatakan bahawa "alam muda disia-siakan oleh mereka yang muda" dan Zoltan Gera telah mensesiakan masa mudanya dengan kemabukan, dadah dan menyertai kongsi gelap. Tetapi dia telah kemudiannya diselamatkan dengan radikal, dan dia menjadi pemain bolasepak terhebat di Hungary.

Walaupun Zoltan Gera adalah seorang pemain bolasepak yang berbakat semasa muda, dia telah terlalu dipengaruhi oleh anasir tidak baik untuk dapat membina karir dalam bolasepak profesional. 

Dia dulunya sering menyaksikan perlawanan divisyen satu semasa muda dan memberitahu dirinya, "'Lihat, kamu ada lebih kualiti dan bakat daripada pemain-pemain ini,' tetapi saya juga telah katakan kepada diri saya sendiri, 'Bagimu sudah terlambat, Kamu tak akan pernah menjadi pemain bolasepak sebab kamu telah mensia-siakan bakatmu.'"

Gera mendapat sukar untuk bermain bolasepak pada tahap tinggi, sebab dia sudah kehilangan kemampuan sepenuh paru-parunya disebabkan oleh tabiat menghisap gam. 

Berhadapan dengan Kehidupan Jenayah 

Sambil hidupnya semakin menjunam ke dalam masalah, ayahnya membuat keputusan bahawa bahawa hidupnya itu hanya dapat diselamatkan oleh Tuhan. 

"Ayah saya cuba membawa saya ke jalan yang baik,' kata Gera, "tetapi akhirnya. dia berkata kepada saya, 'Lihat, Aku tidak dapat menolong kamu. Aku akan bawa kamu ke gereja dan tengok samada Tuhan dapat menolong kamu atau tidak.'"

Dengan itu, ayahnya membawanya ke gereja. Gera tidak pernah melihat cara penyembahan evangelikal sebelum itu dan berfikir bahawa adalah menarik melihat orang-orang begitu teruja mengenai Tuhan, tetapi apabila ayahnya menanyanya jika dia mahu tampil ke hadapan dan diselamatkan, dia berkata, "Tidak."

Ayahnya membawanya ke gereja lagi, dan menanyanya lagi, adakah dia mahu menyerahkan hidupnya kepada Tuhan? 

"Tidak...tidak," Gera memberitahu ayahnya, "tetapi ayah saya mendapatkan saya dan menarik saya ke hadapan gereja dan ya, saya berdoa dengan mereka yang lain. Dari detik itu, saya telah menjadi manusia yang baru."

Diselamatkan Secara Radikal Tetapi Masih Banyak Kerosakan

Gera berhenti menyertai kongsi gelap, mengambil minuman keras dan dadah dengan serta-merta dan mendapati dirinya punya banyak masa untuk berlatih bolasepak, tetapi tubuhnya masih rosak daripada penyalahgunaan dadah. 

"Mereka berkata, 'Kamu tak akan pernah jadi pemain bolasepak profesional,' oleh itu saya mula berdoa, "Tolong Tuhan, tolongku kembali ke dalam bolasepak. Jika Engkau mengangkatku, aku akan meninggikan nama-Mu dengan bolasepakku." 

Tuhan menjawab doanya, dan tidak lama kemudian, sementara masih seorang remaja, dia telah memulakan karir profesionalnya.

Tuhan Membawa Gera Ke Dalam Kegemilangan Sukan

Sebagai pemain midfield yang menyerang untuk kelab Ferencvaros, Gera telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan sebanyak tiga kali. Dia juga telah bermain untuk kelab-kelab profesional di England dan memenangi kejuaraan-kejuaraan. 

Zoltan dan isterinya, Timea, mempunyai dua orang anak. Mereka telah bertemu di gereja, tetapi Timea mengetahui mengenai latarbelakangnya yang bermasalah dan tidak meletak keyakinan padanya pada mulanya. 

Dia berkata, "Saya mengenal Zoltan sebagai seorang pemain bolasepak tetapi tidak secara peribadi, dan saya tahu sebelum dia menjadi Kristian, dia seorang lelaki yang sangat teruk. Dia sangat agresif dulunya. Saya tidak pasti samada hidup Zoltan telah berubah sepenuhnya. Oleh itu kami mula bertemu dan saya dapat menyedari bahawa dia telah berubah dan Tuhan telah menyelamatkan hidupnya." 

Zoltan dan Timi telah berkahwin selama 13 tahun sekarang dan memberitahu saya bahawa mereka adalah penonton setia 700 Club di Hungary. 

Kedua mereka telah membawakan kesaksian Kristian ke dalam satu sukan yang amat memerlukannya. Tetapi mungkin lebih daripada apapun, Zoltan Gera adalah teladan untuk kita semua bahawa tidak kira betapa kita fikir bahawa hidup kita tiada pengharapan, Tuhan mempunyai jawapan terakhir. 

"Bagi Tuhan tiada yang mustahil," kata Gera, "Dia boleh mengubah kamu pada usia 60, 70  atau 50 tahun. Itu tidak penting. Hidup saya adalah satu contoh bahawa ianya tidak pernah terlambat."



(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel CBN News bertajuk, "'For God, Nothing Is Impossible': God Takes Teen From Dead-End Life To Soccer Greatness" yang ditulis oleh Dale Hurd bertarikh 23 Oktober 2017)