Khamis, 28 Disember 2017

Rhema Radio Terbitkan Lagu "Dari Pulau dan Benua" Dalam Lima Bahasa Tempatan

Penyanyi-penyanyi video lagu oleh Rhema Radio

Rhema Radio telah mengeluarkan video lagu karol "Angels We Have Heard On High" (Dari Pulau dan Benua) yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi tempatan dalam lima bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Kenyah!

Penerbitan ini telah melibatkan penyertaan ahli-ahli daripada 14 gereja berlainan!

Video itu memaparkan penyanyi-penyanyi Andy Saedah, Ashley Seah, Bobby, Brett Daniels Yuta, Charity Lee, Chris Lee, Cristina Matthias, Dana Lee, David Lopez, Elizabeth Joseph, Elton Brandon Philip, Immanuel Joseph, Mary Robin, May Jee, Nelly Yawasang, Rhod, Timothy, Tommy Thai (dari pelbagai gereja - CDPC, Canning Garden Baptist, FGA KL, Pantai Baptist, BWCC, Kajang AOG, Charis Christian Center, SIB Life, City Tabernacle, New Life Restoration Centre). 




Recording & mixing video telah dilakukan oleh: Moses Chan, Prodio Studio & Veronica Ng. Manakala untuk PENERBITAN VIDEO : Pengarah dan Kreativiti: Jeffery Yeo | Pengarah Fotografi: CY | Kamera kedua: Dante Tee | Pengarah Seni: Sammy Liew | Ketua Penerbitan: Aaron Chin | Pengurus Tapak: Sara-Jane Har | Editor Offline: Eddie Lam | Editor Online: CY.

Penerbit Eksekutif untuk video ini adalah: Jason Ding dan Adeline Lum (dengan terima kasih khas kepada Timothy Teoh). 

Melalui video ini, Rhema Radio ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar-pendengar yang telah mengikuti siaran mereka sepanjang tahun ini, dan juga untuk mengucapkan "A Very Blessed Christmas!"

(Untuk maklumat lanjut mengenai siaran Rhema Radio, sila layari laman web mereka di www.rhemarad.io atau di laman Facebook Rhema Radio)