Khamis, 28 Disember 2017

Rhema Radio Merayakan Krismas Juga Ulang Tahun Pertamanya


Rhema Radio adalah radio internet Kristian yang menyiarkan podcast mingguan mengenai topik-topik iman, budaya, muzik dan lain-lain lagi. 

Rhema Radio telah merayakan Krismas dengan siaran "The Christmas Show" beberapa hari yang lepas. Itu adalah siarannya yang ke-53 dan juga menandakan genap setahun penyiaran radio internet Kristian Malaysia itu. Siaran mereka yang pertama setahun yang lalu, pada Disember 2016 juga bertema Krismas, "A Joyful Christmas."

Rhema Radio telah mengadakan sambutan Ulang Tahun Pertamanya di Will You Cafe di Oasis Village, Damansara baru-baru ini dengan perkongsian, persembahan dan persekutuan dengan para undangan yang termasuk para pendukung dan peminat siaran radio itu. Pengelola pelayanan radio itu, Jason Ding mengucapkan terima kasih kepada semua petugas, pendukung dan peminat atas sokongan dan peranan yang telah dimainkan oleh mereka.

Rhema Radio telah mengadakan sambutan Ulang Tahun Pertamanya di Will You Cafe

Datuk Chua Jui Meng juga telah memberi ucapan sebagai tetamu kehormat majlis sambutan itu. Begitu juga Freda Liu, seorang personaliti radio terkenal yang telah membantu dalam pengasasan Radio Rhema. Datuk Kenny Ng Ben Kee, seorang pendukung kuat dan ahli majlis pemegang amanah Rhema Radio memberi ucapannya dan kemudiannya memotong kek ulang tahun yang pertama. 

Datuk Kenny Ng Bne Kee memberi ucapan
dan memotong kek ulang tahun Rhema Radio 

Banyak tajuk-tajuk yang telah dipaparkan oleh Rhema Radio sepanjang tahun pertama penyiarannya. Berikut sepintas lalu perjalanan Rhema Radio dalam tahun pertamanya. 



Selain itu, untuk merayakan Krismas, Rhema Radio telah menerbitkan video lagu Krismas bertajuk "Angels We Have Heard On High" (Dari Pulau dan Benua) yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi tempatan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Kenyah! 



Syabas Rhema Radio atas penyiaran sepanjang setahun ini. Merry Christmas dan teruskan pelayanan yang hebat sepanjang Tahun Baru 2018!

(Untuk maklumat lanjut mengenai siaran Rhema Radio, sila layari laman web mereka di www.rhemarad.io atau di laman Facebook Rhema Radio)