Setiap pencurahan Roh Kudus itu mempunyai penekanan yang berbeza, setiap daripadanya membawa kebangunan rohani kepada Gereja di Bario.
Gelombang Yang Keempat (1984)
Gelombang Yang Keempat (1984)
Gelombang Keempat pada 1984, akan dikenali dengan ciri Gereja Yang Menyembah. Semasa 1974-1976, pelbagai nubuatan telah diucapkan menyatakan bahawa kejadian-kejadian besar akan berlaku di gunung-gunung yang mengelilingi Bario. Pada 1984, panggilan untuk berdoa makin bertambah kuat dan terdapat kesungguhan dan semangat yang baru di kalangan umat untuk berdoa bagi bangsa-bangsa.
Semasa Gelombang Keempat, pelbagai mukjizat dan tanda-tanda telah dilaporkan. Di antaranya seperti bola-bola api yang muncul di angkasa malam telah menjadi tajuk utama dalam sebuah akhbar kebangsaan. Pelayanan Doa Gunung Murud yang telah diasaskan akan bertumbuh, dan sebuah pondok kayu telah didirikan di lereng gunung sebagai rumah doa.
Cabaran dan Impak
Adik-beradik Bulan menjelaskan dengan lebih terperinci dalam bab-bab terakhir buku mereka mengenai cabaran dan impak kebangunan rohani itu. Oleh kebangunan rohani itu adalah sesuatu yang sama sekali baru kepada orang-orang Bario, mereka bersemangat tetapi tidak mempunyai arahan dan pengetahuan. Mereka tidak bersedia dari segi pengalaman dan teologi, dan semangat orang-orang muda telah menimbulkan keadaan di mana para tua di kalangan mereka merasa tersinggung. Mereka memerlukan bimbingan dan dasar yang kukuh dalam Firman Tuhan.
Kadang-kadang juga timbul masalah seperti berpihak-pihak dan kemegahan diri, dan yenyalahgunaan karunia-karunia roh. Masalah lain yang timbul seperti reaksi yang terlalu berhati-hati terhadap "amalan-amalan baru."
Walaupun terdapat masalah-masalah ini, Kebangunan Rohani Bario telah meninggalkan impak yang mendalam dalam komuniti itu, dan kebangunan rohani itu akan diingat selama bertahun-tahun. Terdapat perspektif missiologi yang kuat dan kesedaran tentang pentingnya menyebarkan Injil. Ianya telah mentransformasikan kehidupan komuniti itu dan membebaskan mereka daripada ikatan animisme, dan melepaskan mereka dari "budaya askar" yang suka minum minuman keras, merokok dan kaki perempuan. Kemajuan dalam kehidupan sosial akan datang melalui pendidikan dan pengembangan bakat kreatif orang-orang Kelabit.
Pertumbuhan rohani umat telah melahirkan ramai pemimpin yang penting, dalam komuniti dan secara rohani. Terdapat kerinduan yang mendalam, menular dan meluas untuk berdoa, mencari dan menyembah Tuhan. Ianya telah menghasilkan kepimpinan dan struktur gereja yang mentadbir diri dan menyara diri dalam SIB, serta memiliki hati untuk penginjilan dan perintisan gereja baru. Akhirnya Kebangunan Rohani Bario telah melahirkan pertumbuhan gereja yang luar biasa dan pengurapan kuasa untuk pelayanan dalam Sidang Injil Borneo (SIB).
(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "The Bario Revival: The Four Waves And Its Impact" yang ditulis oleh Jason Law bertarikh 24 Julai 2015)