Setiap pencurahan Roh Kudus itu mempunyai penekanan yang berbeza, setiap daripadanya membawa kebangunan rohani kepada Gereja di Bario.
Gelombang Yang Ketiga (1979)
Melalui masa, perubahan secara ekonomi telah membawa roh materialisme. Pada waktu-waktu yang seperti itulah mereka yang masih setia terhadap Tuhan akan berkumpul dan berdoa. Sambil sebilangan orang ini kembali kepada Tuhan, roh doa syafaat dicetuskan dan beberapa pemimpin doa dibangkitkan. Gelombang ketiga akan dikenali dengan ciri Gereja yang berdoa.
Tuhan meletakkan untuk gunung doa di hati umat. Semasa zaman Alkitab, Yesus sendiri telah sering pergi ke gunung untuk berdoa. Pada mulanya, orang Bario ragu-ragu. Lagipun kawasan itu sudahpun terpencil dan seolah-olah tidak masuk akal untuk mencari 'tempat sunyi' yang lain. Tuhan menunjukkan mereka gunung tertentu, dan orang mula berkumpul di sana pada hari-hari tertentu, dan pertemuan-pertemuan itu akan berlangsung semalaman.
Tuhan melakukan perkara-perkara ajaib di kalangan pendoa-pendoa syafaat dalam perjalanan mereka menaiki gunung. Mereka merasa roh kesegaran turun ke atas mereka dan ramai yang menerima penglihatan dan kata-kata nubuatan. Keadaan cuaca bertambah sambil mereka berdoa, dan mereka melaporkan cahaya yang ajaib menyinari jalan sambil mereka berjalan di hutan pada waktu malam.
Tidak lama kemudian respon yang sungguh bersemangat terhadap gunung doa telah membawa kepada pemilihan beberapa bukit yang lebih kecil sebagai lokasi doa. Akhirnya Pelayanan Doa Gunung Murud telah diasaskan.
Baca Seterusnya: Gelombang Yang Keempat...