Setiap pencurahan Roh Kudus itu mempunyai penekanan yang berbeza, setiap daripadanya membawa kebangunan rohani kepada Gereja di Bario.
Gelombang Yang Kedua (1975)
Meskipun tidak terdapat pergerakan lanjut di kalangan sebilangan orang selepas gelombang pertama, tetapi datang lagi gelombang kedua lawatan Roh Kudus, kali ini ditandakan dengan Baptisan Roh Kudus dan Gereja yang bersukacita. Gelombang yang kedua telah dicetus oleh satu kebaktian yang dikendalikan oleh Rev Yohanes Sakai. Ramai orang mengalami kuasa Roh Kudus, dan berbicara dalam bahasa roh sehingga seluruh dewan dipenuhi dengan bunyi tiupan angin yang kuat.
Pada hari-hari yang kemudiannya, banyak daripada pernyataan Roh Kudus dari gelombang yang pertama akan kembali lagi, dan lebih intensif lagi, dan kanak-kanak kecil menceritakan bahawa mereka mendapat penglihatan. "Ianya seperti hujan kuat yang dinanti-nantikan selepas kemarau yang panjang, ianya menyegarkan semua yang datang di bawah curahannya," begitu ditulis oleh adik-beradik Bulan.
"Berbeza dengan Gelombang Pertama di mana tangisan dan raungan penyesalan akan dosa merupakan ciri khasnya, kali ini di setiap kebaktian, mereka menyanyikan lagu-lagu sukacita dan pujian." Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah jenis yang berbeza, kali ini menyampaikan sukacita yang tidak terkatakan dengan kerinduan yang mendalam untuk Tuhan, dan dipenuhi muzik dari gitar dan tamborin.
Lilian mengisahkan satu pertemuan rohani di Pa' Dalih. Sambil penduduk kampung berdoa dalam suasana rohani yang tebal, Tuhan mematahkan roh penindasan di tempat itu. Selepas sejam setelah umat berdoa kepada Tuhan, kegelapan dan hujan lebat memenuhi langit dan tiba-tiba hujan air batu turun dari langit. Hujan air batu itu bertahan hanya 2-3 minit, dan secepat kegelapan telah datang, terang pula menguasainya dan hujan pun reda. Orang ramai dapat merasakan bahawa Tuhan telah mengusirkan roh penindasan daripada tempat itu.
Gelombang kedua itu akan mencapai kemuncaknya pada April 1976, semasa Konvensyen Paskah Tahunan di Bario Asal. Semasa konvensyen itu orang ramai begitu lapar untuk Firman sehingga kebaktian akan berlangsung selama enam hingga tujuh jam setiap kali. Sekali lagi umat mengalami kebangunan rohani dan akan pergi dengan berani, menyampaikan Firman Tuhan dan membawa kebangunan rohani kepada gereja-gereja ke manapun mereka pergi.
Baca Seterusnya: Gelombang Yang Ketiga...