Setiap pencurahan Roh Kudus itu mempunyai penekanan yang berbeza, setiap daripadanya membawa kebangunan rohani kepada Gereja di Bario.
Gelombang Yang Pertama (1973)
Gelombang yang pertama terjadi pada 1973. Ciri dan penekanannya yang paling ketara adalah pertaubatan, pemulihan hubungan dan pemulihan dalam kehidupan. Untuk bertahun-tahun, adik-beradik Bulan menceritakan, orang-orang Kelabit telah mengamalkan Kekristianan secara pada nama sahaja, dengan salah menganggap bahawa mereka akan diselamatkan oleh kerana aktiviti mereka di gereja. "Tetapi Alkitab dengan jelas mengajar bahawa Allah mengkehendaki komitmen yang penuh kepada diri-Nya. Dia mengkehendaki pemisahan sepenuhnya dari dosa dan pembaharuan akal budi. Keselamatan dalam Kristus melibatkan pengudusan yang berterusan menerusi pertaubatan dan pengampunan dosa."
Gelombang yang pertama dapat disifatkan dan diingati untuk kedatangannya yang spontan dan untuk perubahan yang radikal dalam umat takut akan Allah dan dalam kekudusan mereka. Satu contoh adalah menjauhkan diri daripada sebarang bentuk minuman beralkohol dan rokok dalam budaya yang dulunya kuat minum. Begitu sekali sehingga kedai-kedai runcit akhirnya terpaksa tidak lagi menjual benda-benda itu kerana tiada sambutan daripada pembeli. Seorang pelawat ke kawasan itu mengatakan, "Suasana di seluruh kawasan itu begitu suci sehingga saya tidak berani melakukan apa-apa yang berdosa di tempat itu!"
Ramai orang mendapat keberanian untuk bersaksi dan mengkhabarkan Injil, terutama orang-orang muda walaupun mereka tidak berpengalaman. Tuhan menunjukkan diri-Nya berkuasa ke atas kebatasan mereka, sehingga mereka boleh menegur orang-orang yang lebih tua dengan yakin dan keberanian apabila orang-orang yang lebih tua melakukan salah, dan banyak rahsia dosa telah didedahkan.
Timbul daripada semua itu, terjadi pemulihan hubungan, penyembuhan dan kelaparan besar untuk Firman Allah secara beramai-ramai. Semua ini telah menyediakan suasana untuk gelombang baru datang pada masa hadapan walaupun terdapat hadangan yang disebabkan oleh pengetahuan Alkitab yang tidak sempurna di kalangan ramai.
Baca Sambungannya: Gelombang Yang Kedua...

Cara penyembahan juga telah menjadi spontan. Setiap kali umat berkumpul, mereka akan menyanyikan lagu-lagu penyembahan secara spontan. Kebaktian doa tidak bercorak diatur tetapi mengalir secara pimpinan Roh Kudus, dan Roh Kudus bebas bergerak dalam kebaktian doa mereka.