Ahad, 28 Januari 2018

Kebangunan Rohani Bario: 4 Gelombang dan Impaknya (1973-84)


Kebangunan Rohani Bario (The Bario Revival) adalah salah satu pencurahan Roh Kudus terbesar ke atas sebuah komuniti dalam sejarah negara kita. Tetapi apa yang terjadi pada 1973 hanyalah satu permulaan. Meskipun pasang dan surut gelombangnya, tiga lagi pencurahan akan terjadi pada 1975, 1979, dan 1984, setiapnya dengan penekanannya yang berbeza. Namun begitu, semua daripadanya mempunyai ciri-ciri kesamaan yang tertentu.

Ciri-Ciri Sama Dalam Kebangunan Rohani Itu

Adik-beradik Bulan itu menceritakan bahawa kebangunan rohani itu telah mentransformasi pola mengendalikan kebaktian-kebaktian Kristian. Daripada permulaan yang kurang menarik dengan menyanyi sebuah lagu hymn lama, pemuda-pemudi akan mendahului kebaktian dengan tiba lebih awal ke gereja, dan menyanyi korus-korus yang bersemangat sementara menunggu anggota-anggota yang lain untuk tiba. 

Pola doa juga telah ditransformasi. Daripada pola biasa di mana seseorang akan memimpin dalam doa, semua orang berdoa dengan suara kuat dan serentak, dan doa-doa itu akan berlanjutan selama satu jam atau lebih. Daripada seseorang dipilih untuk memulakan doa, seseorang pula dipilih untuk "menamatkan" sesi doa itu. Apabila satu suara meninggi melebihi yang lain, kumpulan itu akan secara sendiri berdiam dan menantikan perkataan yang akan disampaikan. 

Umat menjadi bersunngguh-sungguh akan kebaktian, dan hadir beramai-ramai, mengatasi rasa segan mereka dan berkongsi pengalaman-pengalaman mereka, dan seringkali kebaktian akan berlanjutan sehingga 2 atau 3 pagi. 

4 Gelombang Kebangunan Rohani

Setiap pencurahan Roh Kudus itu mempunyai penekanan yang berbeza, setiap daripadanya membawa kebangunan rohani kepada Gereja di Bario.

Baca Seterusnya: Gelombang Yang Pertama...

A          1          >