Gereja Cina Methodist Kota Bharu (Foto: The Star Online) |
KOTA BHARU: Objek-objek yang keras, yang dipercayai bom petrol, telah dibaling ke sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu di Jalan Hamzah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata objek-objek itu dipercayai telah dibaling dari Jambatan Sultan Yahya Petra pada tengah malam.
"Satu objek telah memecahkan tingkap tingkat dua gereja manakala objek yang satu lagi telah kena pada pintu depan kuil itu," dia memberitahu sidang akhbar pada Ahad (7 Januari).
Kuil Hindu di Jalan Hamzah, Kota Bharu (Foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS) |
Dia berkata bahawa mereka belum lagi membuat tangkapan ke atas suspek-suspek dan belum dapat menentukan sebab di sebalik serangan-serangan itu.
"Sesiapa yang memiliki maklumat, sila hubungi pihak polis," katanya.
Hasanuddin juga menolak kemungkinan penglibatan mana-mana kumpulan teroris antarabangsa dalam serangan kembar itu.
Hasanuddin juga menolak kemungkinan penglibatan mana-mana kumpulan teroris antarabangsa dalam serangan kembar itu.
"Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadah," katanya.
Gereja Cina Methodist Kota Bharu di Jalan Hamzah, Kota Bharu (Foto: FB Info Roadblock JPJ/POLIS) |
Pastor Goo Siew Lai dari Gereja Cina Methodist Kota Bharu berkata itu adalah serangan kedua ke atas gereja itu pada bulan ini
"Yang pertama terjadi pada 3 Januari. Para suspek telah memecahkan tingkap tingkat ketiga pada waktu itu," katanya.
(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Objects thrown at church and temple in Kota Baru believed to be petrol bombs" yang ditulis oleh Sira Habibu bertarikh 7 Januari 2018)