Selasa, 6 Februari 2018

Bintang Eagles, Zach Ertz Berkata Rakan-Rakan Sepasukan Telah Inspirasikannya Untuk Serahkan Hidup Kepada Kristus


Jika anda ada di mana-mana dekat laman kami hari ini, anda akan perasan bahawa kami cukup teruja mengenai beberapa pemain tertentu juara Super Bowl, Philadelphia Eagles. Salah seorang daripada mereka adalah Zach Ertz, pemain bintang tight end Eagles. Ertz menangkap tujuh hantaran dalam perlawanan itu dan membawa satu daripadanya untuk touchdown, tetapi beberapa sebelumnya, dia telah berbicara mengenai membawa kesan dengan cara yang lain: pemuridan. 

Sports Spectrum telah berbual dengan Ertz untuk siri "Football Sunday" mereka, dan pemain profesional football itu bercakap mengenai menggunakan pentas yang diberikan kepadanya untuk menyebarkan Firman Yesus: "Matlamat No. 1 kami di Bumi ini adalah untuk menjadikan murid. Itulah satu-satunya kerja yang kami ingin lakukan. Jadi ini adalah pentas yang kami ada untuk membawa orang kepada Firman, kepada Yesus. Itu adalah sesuatu yang kami tidak ambil ringan dalam apa cara pun."


Ertz juga berkongsi sedikit dri kesaksiannya juga. "Saya memang dari dulu tahu siapa Yesus, tapi saya dulu tidak ada perhubungan seperti yang saya ada sekarang. Pada tahun yang lepas, saya mengalami beberapa perkara. Saya akan rasa sungguh gembira apabila bermain dengan bagus, dan sungguh murung apabila bermain dengan kurang bagus. Saya melihat rakan-rakan di bilik persalinan - Carson (Wentz), Trey Burton, Jordan Hicks, Jordan Matthews - yang akan selalu tenang. Saya mencemburui mereka, dan mereka selalu mendorong saya untuk bertumbuh dalam iman saya. Saya telah dibaptis tahun lalu semasa cuti musim di California sebelum perkahwinan saya. Pada Mac lalu, saya benar-benar menyerahkan hidup saya, dan itulah perkara terbaik yang pernah terjadi."

Ertz ditanya bagaimana dia dapat mengekalkan fokusnya pada tujuannya di tengah kegilaan pengalaman Super Bowl, dan dia berkata: "Bibit-bibitnya telah ditabur dari lama dahulu. Saya dapat bersiap untuk minggu ini sebab saya telah berada dalam Firman dari setahun lepas dan mempunyai rakan-rakan sepasukan yang terus mendorong saya setiap hari. Kami tidak akan biarkan satu sama lain tercicir."

(Diterjemahkan daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Eagles Star Zach Ertz Says His Teammates Inspired Him To Rededicate His Life To Christ" bertarikh 5 Februari 2018)