Khamis, 1 Februari 2018

Jim Caviezel: Filem Susulan 'Passion' Akan Jadi Filem Terbesar Dalam Sejarah


Pelakon Jim Caviezel - yang memainkan peranan sebagai Yesus dalam filem tahun 2004 The Passion of The Christ arahan Mel Gibson - telah membuat suatu ramalan yang sangat berani mengenai filem susulan itu yang akan memberi fokus kepada kebangkitan Yesus.

Dia memberitahu USA Today: "Ini saja yang dapat saya beritahu, filem yang Mel Gibson bakal hasilkan akan menjadi filem terbesar dalam sejarah, Ianya begitu baik." Ketika filem pertama itu ditayangkan, ianya telah menjadi filem bertaraf R yang paling tinggi jualannya dalam sejarah Amerika. 

Dia juga telah memberi komen yang penuh misteri mengenai filem itu, di mana dia akan memainkan semula peranannya, "Ada perkara-perkara yang saya tidak boleh sebutkan yang akan mengejutkan para penonton."

Dalam satu temuramah tahun 2016 dengan Stephen Colbert, pengarah filem Mel Gibson membayangkan bahawa filem baru itu sebenarnya akan memaparkan peperangan rohani. Dia berkata "watak-watak jahat" dalam filem itu adalah "dalam alam yang berbeza," dan memberi bayangan bahawa filem itu mungkin menunjukkan kisah Yesus pergi ke neraka dan mengalahkan Iblis.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Jim Caviezel: The Shocling 'Passion' Sequel Will Be The Biggest Movie of All Time" bertarikh 31 Januari 2018)