Selasa, 27 Februari 2018

Mahkamah Persekutuan Tolak Usul Permohonan Murtad Didengar Di Mahkamah Sivil


Mahkamah Persekutuan hari ini dalam satu keputusan sebulat suara menolak rayuan tiga mualaf dan seorang Muslim dari lahir agar membenarkan permohonan murtad mereka didengar di mahkamah tinggi sivil.

Mahkamah tertinggi itu membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa mendengarkan permohonan murtad mereka.

Presiden Mahkamah Rayuan, Zulkefli Ahmad Makinudin, dalam keputusannya hari ini di Kuching berkata walaupun tidak terdapat peruntukan dalam mahkamah syariah, terdapat satu seksyen dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan untuk mendengar kes-kes murtad.

Anggota-anggota lain dalam panel lima hakim itu adalah Ahmad Maarop, Hasan Lah, Ramly Ali dan Jeffrey Tan Kok Wha. 

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Federal Court Dismisses Bid For Apostasy Applications To Be Heard In Civil Court" yang ditulis oleh Desmond Davidson bertarikh 27 Februari 2018)