Rabu, 25 April 2018

21 Fakta Menarik Yang Anda Ingin Tahu Mengenai Instagram


Domba2Domba kini di Instagram (jom ikuti kami!) 

Inc.com memberikan 21 fakta menarik mengenai Instagram (yang mempunyai 700 juta pengguna aktif bulanan di sekeliling dunia).

Berikut 21 fakta menarik mengenai Instagram:


1) Lebih separuh daripada muda-mudi di antara 18 hingga 29 tahun di Amerika Syarikat ada di Instagram

Itu adalah 55 peratus, dengan lebih tepat. Jika anda ingin berhubungan dengan kumpulan ini, anda harus ada di sini.

2) Pengguna-pengguna dewasa di Amerika Syarikat sudah dua kali ganda sejak 2012.

Ingat bahawa ini bukan hanya pengguna-pengguna yang baru menyertai, tetapi juga pengguna-pengguna lebih muda yang kini sudah mencapai usia dewasa. 

3) 31 peratus daripada wanita pengguna Internet ada di Instagram, berbanding dengan 21 peratus lelaki pengguna Internet.

Faktanya, Instagram lebih wanita: sejumlah 68 peratus penggunanya adalah wanita. #girlsrule

4) 56 peratus pengguna Instagram menjana USD50,000 atau lebih dalam setahun

Secara lebih terperinci, 26 peratus menjana USD75,000 atau lebih. Bukan semua adalah pelajar yang tidak cukup makan. 

5) Instagram mempunyai kira-kira 400 juta pengguna aktif harian... 

... dan kian bertambah. Ianya mempunyai 700 juta pengguna aktif secara bulanan. 

6) Instagram menjana USD1.3 bilion pendapatan dalam iklan mobile secara global pada 2017

Ini merupakan 8.4 peratus daripada pendapatan iklan mobile global Facebook. Angka itu dijangka meningkat ke 18 peratus pada 2018.

7) Foto paling popular di Instagram mendapat hampir 6 juta "like"

Tanpa soal lagi, itu adalah foto Queen Bey.

8) Selena Gomez adalah selebriti yang paling diikuti di Instagram.

Jika Selena adalah sebuah negara, dan pengikut-pengikutnya adalah penduduk negara itu, ianya akan menjadi negara ke-12 paling banyak penduduk di dunia. Dan salah satu daripada foto paling popularnya  adalah untuk Coca Cola.

9) Filter paling popular di dunia adalah Clarendon, Juno, and Gingham

Memudahkan selfie anda yang seterusnya.

10) Hashtag paling popular untuk pemasaran adalah:

#social #branding #socialmedia #success #sales #entrepreneur #entrepreneurship #marketing #branding #tech #business #contestalert #sweepstakes #giveaway #discount #travel #deal #smallbiz

11) Hashtag paling popular secara umum adalah:

#love #instagood #photooftheday #tbt #beautiful #cute #me #selfie #tagforlikes #happy #followme #fashion #summer #picoftheday #like4likes #fun #art #friends #instadaily #girl #smile #repost

12) 5 negara terbanyak pengunjungnya adalah:

5. U.K. - 3.97 peratus
4. Turki - 5.4 peratus
3. Brazil - 5.43 peratus
2. Russia - 8.84 peratus
1. U.S. - 19.22 peratus

13) 48.8 peratus jenama ada di Instagram 

Angka ini dijangka meningkat ke 70.7% menjelang penghujung 2017.

14) 50 peratus orang di Instagram mengikuti sekurang-kurangnya satu jenama

Secara peribadi, saya mengikuti lebih daripada satu. Antara yang paling diingat adalah Oreo, NatGeo, Red Sox, dan tentu sekali, Inc.

15) Pada 2017, jenama-jenama utama membuat posting 4.9 kali seminggu di Instagram

Ini adalah peningkatan 50 peratus dari 2015.

16) Kempen prestasi (performance campaign) berfungsi

~70 peratus daripada kempen prestasi menjana peningkatan yang besar secara statistik untuk membawa kunjungan online dan pemasangan app mobile.

17) 5 peratus orang di Instagram mengambil tindakan selepas mendapat inspirasi daripada sesuatu posting.

Tindakannya termasuk mencari, membeli-belah, menghantar kepada kawan, atau mengunjungi sesuatu laman web.

18) 5 jenama paling popular di Instagram adalah:

5. Nike Football: 28.2M pengikut
4. 9GAG: 40.2M pengikut
3. Victoria's Secret: 55.6M pengikut
2. Nike: 72.3M pengikut
1. National Geographic: 77.7M pengikut

19) Terdapat 1 juta pengiklan aktif di platform ini

Angka ini sehingga Mac 2017.

20) Masa paling baik untuk posting di Instagram adalah:

Ahad: 5 petang
Isnin: 7 malam dan 10 malam
Selasa: 3 pagi dan 10 malam
Rabu: 5 petang
Khamis: 7 pagi dan 11 malam
Jumaat: 1 pagi dan 8 malam
Sabtu: 12 tengah malam dan 2 pagi

21) Emoji paling popular di Instagram adalah:

Dengan bangga, diumumkan...

💗


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Inc bertajuk, "21 Facts Every Brand Should Know About Instagram" yang ditulis oleh Melanie Curtin bertarikh 27 Mei 2017)