Khamis, 26 April 2018

Warga Malaysia Pengguna Instagram Paling Aktif Di Asia Pasifik, Kata Tinjauan



KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia merupakan pengguna Instagram paling aktif di rantau Asia Pasifik, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh perunding penyelidikan Kantar TNS.

Kaji selidik itu mendapati peratusan pengguna aktif Instagram di Malaysia meningkat daripada 59 peratus pengguna tahun lepas kepada 73 peratus tahun ini.

"Perkembangan dalam teknologi mudah alih merupakan pemandu yang ketara, dengan bilangan pengguna telefon pintar di seluruh rantau Asia Pasifik kini berjumlah lebih daripada satu bilion — 11 juta daripada mereka di Malaysia — dan kamera telefon pintar semakin canggih memberi pengguna peluang untuk mengambil dan berkongsi gambar serta-merta," kata Kantar TNS dalam satu kenyataan hari ini.

- infografik Kantar TNS

Ia juga mendapati trend itu tidak terhad kepada demografi belia kerana 48 peratus daripada pengguna Internet di Malaysia yang berumur 55 hingga 65 juga pengguna aktif media sosial.

"Walaupun anak-anak muda adalah pengguna media sosial terbesar di semua platform, kebangkitan 'Insta-Gran' juga mendapat momentum; hampir separuh daripada pengguna Internet di Malaysia yang berumur 55 hingga 65 kini menggunakan Instagram," katanya.

(Diambil daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Warga Malaysia Pengguna Instagram Paling Aktif Di Asia Pasifik, Kata Tinjauan" bertarikh 28 September 2017)