Khamis, 26 April 2018

Tahukah Anda... 87 Peratus Pengguna Muda Internet Di Malaysia Menggunakan Instagram?


Golongan muda di Malaysia paling aktif dalam penggunaan Instagram. Kajian itu mendapati bahawa 87 peratus daripada pengguna muda internet di Malaysia menggunakan Instagram pada 2017.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh perunding penyelidikan Kantar TNS mendapati bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di rantau Asia Pasifik.

Kaji selidik itu mendapati peratusan pengguna aktif Instagram secara keseluruhan di Malaysia meningkat daripada 59 peratus pengguna pada 2016 kepada 73 peratus pada 2017.  

Golongan muda di Malaysia paling aktif dalam penggunaan Instagram. Kajian itu mendapati bahawa 87 peratus daripada pengguna internet di Malaysia di antara 16 hingga 24 tahun menggunakan Instagram pada 2017.

Manakala itu pengunaan Instagram juga semakin meningkat di kalangan golongan tua di Malaysia. Hampir separuh (atau tepatnya 48%) daripada pengguna di antara umur 55 hingga 65 kini menggunakan Instagram, begitu dilaporkan Kantar TNS dalam satu kenyataan. 

(Sumber: Artikel Malay Mail bertajuk, "Warga Malaysia Pengguna Instagram Paling Aktif Di Asia Pasifik, Kata Tinjauan" bertarikh 28 September 2017)